TETAMU VVIP

Friday, February 27, 2009

aku yg bzz...

Lama nya aku x update blog.. bzz giler? bzz keja? semestinya tidak. bg aku keja bukan masalah. yg buat aku bzz skrg ni yea la sejak 5feb'09, sejak bertambah umur aku 27 tahun... hehehehe.. tu pun bukan alasan or masalah...

alkisahnya bergini....
5.2.09 tu balik keja, azman tunjuk surat leh dapat kunci umah. surat yg mmg weols tunggu selama ini. dapat time besday aku, kira mcm hadiah ler.huhhuhu.. wpun umah tu atas nama azman.. wey ulos, aku mana layak lagi nak beli umah kalo nak ikut kadar kelayakan.. bukan xlayak, tapi umah yg aku nak beli tu xlayak lagi kalo ikut gaji aku skrg.tapi yg penting sekali tu la umah yg weouls nak duduk bersama. rumahku syurgaku la katakan.

tapi surat tu kata kalo nak kunci kena bereskan interest dulu. tu yg buat kami somi isteri dok pening.interest je RM2k++. byk tu... mcm2 leh buat. dah la nak masuk umah baru nak pakai bayak duit. lak tu bukan salah kita, kita lak kena tanggung.esoknya azman g bahagian pinjaman perumahan g buat apa yg patut..

dari situ aku mula survey apa yang patut juga tuk umah baru tu nnti. cari alamat contact number dll. bila dah dapat, aku paksa lak azman ikut g jumpa kontraktor2 yg berkenaan..nak buat sebut harga la ukur la apa la.. mana leh belasah 1 kontraktor je, kena la buat banding harga. mana yg murah mana yg berkualiti. xnak menyesal kemudian hari. banyak keja tu beb. nak cari grill, lampu, kipas, wayering, kitchen cabinet, lagsir mcm2 lah nak kena buat..semua tu aku yg survey n cari.aku survey xjauh, dekat jea. dlm forum.. hehehehe

ari ni setelah 22 ari dapat surat ambik kunci akhirnya weouls berjaya jugak dapat kunci umah... yahooooo. tu pun setelah bayar duit interest RM1k++lepas tolak discount.alhamdullilah

Monday, February 16, 2009

Face Book

ari ni aku dapat email tentang face book..
betul ker tidak. xtau la...
saje nak kongsi dgn ulos.

Aku baru terbaca mengenai tulisan Khai di blognya mengenai Facebook. Selepas selesai
membacanya, aku rasa terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai Facebook ini.
Walaupun bagi sesetengah orang cerita ini cerita lama, tetapi apa salahnya aku kongsikan
sekali lagi sebagai info tambahan.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged
dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada
yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya,
tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan
wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang
aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.
Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun
pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.
Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain.
Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai
laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian "dark side" yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna
internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun
menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah "lihat" dan "terus
melihat". Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di
dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh
pihak CIA?

Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua
butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak
universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime they want!!

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun
memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya,
mereka dengan mudah menjawab, "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin
mencari kita… senang sikit!"

Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun
tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka.
Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh
memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita
sendiri masukkan dalam account Facebook kita:
Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling
mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi
pengguna kebanyakan (mereka yang bukan extreme), mungkin ia tidak akan membawa
keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai
"professional" seperti seorang doktor, peguam, PROFESSOR, scientist dan yang
seumpamanya… inilah MANGSA CIA yang sebenarnya.

Mengapa?
Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan
segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan
mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu "kalah"
dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri
mereka sendiri?

-Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
-Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
-Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily
schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA
sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah "berikan" semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:

Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu
dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Sebelum dia serang,
mereka akan bunuh dahulu golongan bijak pandai ini…. tiada apa yang tinggal.
Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!
Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel.
Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak
USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel
Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak
tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini,
kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu
lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.
Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:

Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya
bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita
Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence

Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana
silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri
sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang
dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh.
Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya,
pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat
Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang?
Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum
sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja.

Friday, February 6, 2009

Hadiah Lagik....


bestnya..
ari ni aku dapat hadiah lagi.
best betul kawan2 aku pemurah betul semua nya.
semoga bertambah2 lagi rezeki uols yea. amin
ari ni aku dapa hadiah dari kak Gee, kak azmah n mr.tan..
xsempat lagi la nak tempak gambar..
sorry la yea. tgok la mlm ni or esok. aku cuba gak masukkan gambar.
ulos mesti nak tau aku dapat apa kan...
SABAR.........

email hari ni. AWAS!!!

takutnya bila baca email hari ni...
aku dapat email ni dari kak burt. dari mana dia dpt email ni, xtah tanya k..
so aku nak share dgn uols semua agar sama2 kita berhati2.

Awas Pinggan Mangkuk Diperbuat Campuran Tulang Babi
PETANG semalam selepas makan di food court di Alpha Angle berhampiran rumah bersama rakan lama, Pyan Habib saya bersama isteri dan anak-anak melilau sekejap dalam kompleks itu untuk melepaskan penat kerana lengguh setelah lama melayari internet dan mengisi blog.

Kebetulan di situ saya masuk ke ruangan pameran pinggang mangkuk. Sudah lama saya terliur dengan pinggan mangkuk dinner set dan tea set yang dipamer. Ia simple dan menarik. Setiap kali tersasau ke kompleks itu saya akan menjenguk ke ruangan pameran itu.
Kerana semalam ada sedikit masa terluang saya memerhatinya dari dekat. Melihat reka bentuk dan juga harganya. Harga boleh tahan dan mampu milik. Nampak ianya bermutu dan berkualiti... ada kombinasi klasik dan modern.

Hati berkenan dan berhajat untuk memiliki. Sempat juga tiga keliling pusing melihat pinggang mangkuk berkenaan, macam ikan sepilar nak belaga barangkali gayanya! Baru nak panggil promoter nak bertanyakan harga, tiba-tiba muncul seorang perempuan umur dalam lingkungan 50-an ke atas. Mulanya saya ingat dia promoter.

"Encik nak beli ke?" begitulah tanyanya. Saya sikit terperagah. "Kalau ianya dibuat dari Cina tertulis Han Bone China, elok jangan beli encik..?' katanya mensuspenkan sikit saya.
Tanpa sempat saya bertanya dia menjelaskan, kalau ada tanda Han China ia diperbuat daripada tulang babi. Ada campuran tulang babi..." jelasnya. Saya terkulat-kulat sekejap.
Belum sempat saya bertanya dia menjelas lagi; "Saya selalu ke luar negeri dan tengok sendiri dikilangnya macam mana ia dibuat. Ada campuran tulang babi," katanya lagi, jujur.
Belum sempat saya mendapat penjelasan lanjut perempuan itu sudah berlalu. Saya rasa dia ikhlas memberi tahu hal itu. Menurut isteri yang nampak perempuan itu bersama suaminya ketika itu sudah menuju ke eskeletor untuk turun dan begitu melihat saya sedang memegang pinggang dia pusing semula dan mendapatkan kami.


Selepas mendengar itu tiba-tiba selera untuk meneliti dan memilik pinggang berkenaan hilang terus. Babi! Ia satu nama yang cukup sensitif bagi orang Melayu. Mulanya saya cuba mencari justifikasi dalam diri bagaimana untuk menolaknya. Hanya setakat campuran dalam bentuk serbuk... fikir saya, masakan... Ah... sudah bercampur jadi tidak bolehlah. Kalau beli dan memilikinya ia sudah jadi bersubahat!

Selepas meninggalkan tempat itu ingatan serta merta juga terkenang kepada persoalan dibangkitkan di Parlimen mengenai makanan haram di hotel yang dibangkitkan oleh ahli Parlimen. Kalau benarlah pinggang keluaran Han Bone China itu diperbuat dengan campuran tulang babi tak moleklah membelinya. Haram!

Sambil berjalan pulang saya terus terkenang kepada pinggan itu dan merasakan bagaimana bukan Islam cuba mempermain atau mengenakan umat Islam. Mungkin mereka tidak ada niat hendak perkenakan orang Islam tetapi kerana teknologi semasa atau penemuan baru dalam dunia pinggang mangkuk secara tidak langsung telah mengenakan orang Islam yang tidak berhati-hati.
Di sini kalau boleh saya ingin cadangkan supaya Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, bersama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil berat perkara ini. Mana-mana barangan atau apa juga benda yang dimport dari negara bukan Islam hendaklah diteliti dan dipastikan tentang kesahihan halal haramnya.
Adalah malang kita yang begitu kuat berpegang kepada Islam tetapi tanpa sedar telah menjadi pengguna kepada barangan keluaran negara luar yang boleh merosakan iman dan aqidah kita. [wm.kl 12:15 t/hari 05/12/08]

Thursday, February 5, 2009

Hadiah + present = bestnya

lalalalalallalalalala....
(sambil menyanyi + bersiul.. bunyi dgn senang hati...ok)
bestnya ari ni.. dapat banyak hadiah, kata pun besday gurl...
hehehhehe. (dah mak budak pun leh panggil gurl apa???)
baru 27 beb.. kalo org lain umur mcm ni baru nak kawen, aku dah anak 2...
ni bukan nak cite anak or umor k.. ni nak cite pasal present besday aku k....
melalut pnya la jauh..
hadiah ni kawan2 kat opis bagi. saje nak tayang kat sini, tahun lepas time besday, aku cuti pantang lepas bersalin aliya. tp still dapat hadiah lepas naik keja..
best la kawan2 kat opis ni.. sentiasa perihatin. bagi hadiah.. terima kasih semua, tahun depan bagi lagi k... insyallah.

kat atas ni kak jem bagi.. beg lebih kurang mcm hand beg..cute.
yg kat bawah ni lak puan aiza bagi. best peren paling rapat sekali sejak aku masuk dca.. (yg lain rapat gak, tapi dgn dia rapat lain mcm. lain mcm mcm mana... usah di cerita, jgn pikir lain ok)dia bagi aku kit cupcake.. best giler. aku mmg suka tgk cupcake, tapi bila dia bagi kit cupcakes ni... dok pikir juga bila masa aku nak buat nya... nnti la tunggu org bagi hadian oven. berjaya kah aku buat cupcake sendiri?? hehehehe dlm kit cupcake ni ada buku cara2 nak buat cupcake n resepi...
best mmg best.. terima kasih banyak2 ye pn aiza..
kat bawah ni hadiah dari kak burt, oficemate sebelah meja.
terharu giler dapat hadiah dari dia...
kak burt ni baik giler nak nak time kita tgh pegnen.. apa dia makan mesti dia ingat kat aku.. mesti dia bagi aku sikit..bertuahnya badan...

kat atas ni lak hadiah dari kak syuli.. comei + cute
kat bawah ni bukan hadiah ok.. ni barang yg aku oder dr internet kat forum wmdc.
kebetulan dapat time besday aku. saje je nak tempek kat sini gak...

dapat card besday juga dari kawan2 lain : Pn. Aiza lagi, Rosa, Ross, kak Aya, kak Syuli lagi, Fiza, Mawi, Amri, Amin n Megat...

Apa2 pun aku nak ucap banyak2 terima kasih kat korg semua.. terima kasih sebab jadi sahabat yg best giler... n semua kawan2 yg lain.. korg semua mmg THE BOM...tahun depan bagi lagi k..ahaks

i'm 27 today

27 tahun dah aku ari ni...
alhammdullilah tambah lagi usia aku. dapat melihat dunia.
ya allah, aku memohon dari mu
panjangkan umur ku, murahkan rezeki, tetapkan iman ku. bertambah2 bahagia. amin.
yg penting ari ni dah 27... huhuhuhu
baru 27. muda lagi.
Happy Birthday to me....