TETAMU VVIP

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-53

Saya Anak Malaysia
kibarkan jalur gemilang semperna sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53..
Kami Anak Malaysia...
Kami sayang Malaysia..

*sticky mode : n3 ini sampai 31 Ogos 2010

nota : jom ramai2 kita kibar jalur gemilang

Monday, August 30, 2010

Bawak Bekal Nasi Goreng Bersama Ayam Rentung...

Betul... ari ni saya bawak bekal g kerja... isi bekal, nasi goreng telur dan ayam goreng rentung.... huhuhu.. rentung la, goreng dgn api yang agak besar...
bekal ini bukan saya yang punya... tapi, dia yang punya


























sebenarnya hari ini kami mau balik kampung raub...kampung encik suami... kena la bawak anak2 ke opis... bawak sorang satu sekali jalan... sebenarnya dah beberapa kali nak balik, tapi asik cancel je... bukAn saya yang cancel, tapi encik suami yang malas balik... katanya bulan2 puasa duduk umah sendiri lagi best..alasan tapi  hari ni harus balik jugak...kata raya tahun ni balik johor.. kalo x balik raub, xde la saya baju raya baru...huhuhuhu..baju tempah kat raub.... murah banyak
saya suka balik raub...best2...  xyah masak... mood memasak sudah hilang... yang ada mood raya sudah mari.... lallalallaaa


nota hati : rasa mcm nak gantung kuali sajok.. tapi stok haiwan2 banyak lagi

Saturday, August 28, 2010

Taktik Menculik kanak2 di Shopping Complex

saya copy paste dr FB...

SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB
 
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !
nota hati : awasi anak kita

Thursday, August 26, 2010

membeli belah bukan ikut nafsu, tapi ikut bajet...

Bersua lagi kita di petang2 bergini... 
seronot... baru balik dari shupping bersama encik suami... xpegi jauh pun, dekat je... alamanda jea.... kalo dulu sampai mid valley sanggup aku tempuh

 gambau di bawah lepas habis shupping... buka saya suka2 je ambik gambau tau, tapi atas sebab2 akan diberitahu kelak... kejap lagi kira ambik gambau ini untuk isi masa... masa itu kan emas... muahahhaa

hasil rembatan hari ini... 1 beg total semuanya kurang RM200..
isi dalam baju dan seluar dan lain2 hanya untuk anak2.. cukup la ni... maybe akan tambah sikit lagi huhuuhuhu
tinggal beli kasut @ selipa jepun sajok...
kami smpai tadi tepat time lunch hour  target keluar sebelum 1.50 dah nama pun pergi shupping bersama encika suami.. harus la laju nak cepat sajok... penat lah itu lah ini lah macam2 alasannya... tension haku tapi atas sebab2 masalah yang bukan saya mahupun encik suami cari... tapi masalah benda alah di bawah... yang buat kami lambat
kasik lagi dekat sikit tengok
TIDAK BERFUNGSI ok... 
time masuk card ok sajok, lepas masuk duit terus dia hang... dah jadik macam ni harus mintak bantuan... bantuan sampai lambat
tu la antara sebab2 saya ambik gambar di atas... alasan semata2 hihihi


nota hati : xlebih bajet....

Letih dah masak.. makan luar jom..

Letih kunun.. padahal seminggu 4 hari je masak, yang lain makan luar lagi mau  cakap letih..  cakap je la ari ni gaji, malas masak...  jom makan luar.. kan senang berterus terang dari ayat berbunga2.. hihihi... 

jadik lokasi tekak yang saya idamkan Tom Yum Kung kat secret recipe...
rasa msam2, pedas gitu... sedap.. i like..
 untuk mereka berdua... pizza Hut sebelah secret recipe... sib baik macam2 kedai makan ada kat sederet ni.. senang 1 tempat, xyah singgah2..
pizza fav asyraff..
 aliya tumpang makan...

oleh kerana ecik suami xmakan xsuka kedai2 canggih manggih macam gini, dia cuma antar saya anak beranak dapat tempat dan dapat makanan yang dihajati baru dia pegi kedai bapak angkat dia... makan kari

 bila si abah sudah pegi kedai bapak angkat dia, dan aliya memang xberapa suka makan macam gini.. macam abah dia jugak maka di mana2 pun dia buat macam rumah sendiri...
habis kecah2 meja... sampai tumpah2 air... adoi anak, xtenteram mama  nak makan...
tunggu abah lambat sangatpadahal abah dah lama smpai, cuma xde parking pizza habis licin asyraff makan sorang... habis kering kuah mama hirup.. jadik kami ambik keputusan utk ambik sepotong blueberry cheese cake.... agagaaga.. SODAP
makan bersama2..
aliya seperti biasa, main2+kecah2 sajok









time buka semalam, kami jumpa mrs.K dan pn aiza bersama famili masing2 buka kat tempat yang sama .. mereka dah habis makan
maka azman pun kata : patut la nak sangat makan kat SR, kawan2 lynn semua pun ada kat sini....
muahahhaa...
kami xberjanji, cuma tekak kami sama jea semalam.. 
tu yang TERJUMPA.. cuma kebetulan BUKAN perjanjian... lallalalala

nota : sahur harus makan nasi

Wednesday, August 25, 2010

Bonus utk sekTor Awam sEBeLum ! Syawal

Bantuan Khas Kewangan Sebanyak RM500 Kepada Kakitangan Awam
Kerajaan bersetuju membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal.

-- BERNAMA 

nota hati : alhadullilah, jadik la...

ikot nafsu ke ikot duit??

fenat.. fenat... panas.. panas.. leth.. letih.. haus.. haus...
baru balik dari Bangi.. terjah 2 shupping compleks.. Warta dan PKNS...Hari ni gaji la katakan.. dah tentu la nafsu membeli barang raya.. mula2 kami terjah WARTA skrg org panggil WARTA apa yea rata2baju kurung, mahal gilos.. yang xlawa pun harga dah cecah RM100++ ini kan pulak yang lawa.. bila tanya jea yang lawa, hambik RM300++.. terus dari lawa jadik xlawa... mahal2 pun saya tetap borong...
kat WARTA saya hanya borong brooch.. RM10 = 8 biji... 
dan belt... 1 RM19, share dgn MRs.K dapat 2, RM35..
 kuar WARTA dengan perasaan xpuas bershupping, kami terjah PKNS pulak...  luar PKNS ada booth saya shupping kat luar
**sape2 yang minat baju cotton mcm saya,  (syikin collection) kat luar PKNS ada jual, murah dari harga kedai...
dan saya telah terbeli baju tenis untuk aliya.. 2 helai RM30... sehelai RM16
belang kuning
dan colourful



nota hati : dengar macam ada bonus utk sektor awam

15 Ramadhan sudah...

Salam..Yahoooo... 
hari ini gaji.. ingatan buat diri sendiri : berbelanja secara berhemah, bukan ikut nafsu... 
TAPI buleh kah???

lupakan soal duit seketika..
semalam, masak untuk berbuka yang sangat2  simple+mudah+ringkas+senang+cepat...
ikan goreng+sambal belacan+ sawi goreng...  
dah simple, banyak la pulak masanya.. jadi terlebih rajin... 
terjadiklah cekodok pisang... 
ikan goreng time dekat2 nak buka.. makan panas2 sangat sedap... 
gambar lauk2 lain xde.. yang ada cuma gambar sambal belacan..
sebelum makan, perahkan limau...
betul2 sedap




untuk kawan sorg tu : jue, semalam aku buka pose makan ikan, asik ayam jea kan.. betul2 aku jemu.. bukan jemu makan je, masak ayam pun aku jemu... ekekkekee

nota periuk : licin...

Tuesday, August 24, 2010

::Hari Ke 14 SaHuR::

ari ni makan telur cincang + roti + milo 3 in 1..malas
makan bersama lada hitam.. peh.. 3 set habis makan sorg

nota hati  : hari ni nak masak apa???????

::Menu Berbuka Hari ke13 ::

Semalam buka puasa lauk ini
seperti biasa masak homecook...
encik suami xsabar makan
 macam biasa time buka, dia yang lebih
  mama, aliya pose la.. tadikan aliya bangun sahur...
pinggan saya...

nota tekak : xpedas la...encik suami dah pesan jangan buat pedas sgt...

Sape pelakon xpose tu???

Semalam encik suami pergi Pasar Borong Selangor nak beli segala stok peti sejuk yang dah kontang.. balik umah encik suami cerita...  nampak ada shooting filem kat pasar borong...
encik suami parking motor dekat betul dgn tempat shooting tu..
sekali encik suami ternampak lagi seorang pelakon xpuasa..
selamba badak je dia isap rokok dihalayak ramai...

bila saya tanya awat xambik gambar.. buleh tempek dalam blog... hehehehe..
enck suami kata, ada bodyguard kat sikit... mau kena abang kena belasah...
so sape2 ada masa berani pergi la terjah pasar borong selangor ari ni.. mana tau kot2 shooting filem tu xhabis lagi..
.
SAPEKAH DIA???
pelakon lelaki itu


nota : betul kata wardina, artis xbuleh jadi contoh

Monday, August 23, 2010

Sambal Ikan Bilis Kegemaran Encik Suami

Dah lama xbuat n3 resepi... 
ni saje jea nak share menu pembuka selera...
menu sahur tadi

::Sambal Ikan Bilis:: 

Bahan2 : 
ikan bilis
1 biji bawang merah
cili padi *byk ikut suka
asam keping 
garam
minyak untuk mengoreng

Cara2:
ikan bilis+bawang+cili padi di tumbuk
*malas timbuk blander
panaskan minyak, dah goreng bahan2 yang ditumbuk/blander
agak2 dak kekuningan, masukkan asam keping, garam...

siap dihidang...
bertambah sedap dimakan bersama nasi panas + telur mata + kicap

nota hati : gerenti bertambah2

::Menu Berbuka Hari ke 11::

cuti2 bergini banyak kerja menanti... 
dah duduk umah, jadi la surirumahtangga..buat itu buat ini... penat... letih... maka encik suami cadang makan kat luar... dah jemu la tu asik makan kan umah jea.. 
kedai yang wajib disinggah setiap kali bulan puasa...
Restoran Syed kat PJ.. belakang Hilton.. Syed lain xbest
masuk2, carik tempat dan harus la bukak menu dulu..
dah tentu la makan nasi briyani + ayam + kari
dan kambing untuk saya sorang..sedap.. betul2 sedap
encik suami xmakan lembu mahu pun kambing dan seangkatan dengannya
dari jauh datang pj  semata2 nak makan kat sini, sungguh berbaloi2..
dan harus dtg lagi.... 



nota hati : encik suami suka, saya gembira.. muahahhaha

::Hari Ke 13 SaHuR::

Salam semua... 
kejap jea masa berlalu.. pejam celik, pejam celik,  ari ni dah 13 Ramadhan 1431H...
hari ni sahur luar biasa dari hari2 sebelum ni...
milo jea.. tak la saya sahur minum  milo jea... sahur mesti makan walaupun sekeping roti.. tapi hari ni lain sikit dari hari2 yang sebelumnya....
lainnya kerana, buat pertama kalinya puasa tahun ini encik suami makan nasik time sahur...
 atas pemintaan sendiri, bukan saya yang paksa.. oleh kerana dia nak makan nasi, saya terjaga awal dari biasa.. kul 4 pagi dah bangun... mau kejap lagi ngantuk
dah bangun 4 pagi menu harus meriah :
menu pembuka selera... hu sungguh sedap.. bertambah2 saya makan....
ikan masin+ikan bilis tumbuk+telur goreng...
semua pedas mau kejap lagi sakit perut
ngam2 siap masak dengar bunyi tapak kaki.. aliya yang mucul.. 
lalu berkata : mama, aliya nak berak kat jamban...
dah berak, kasik mandi terus kul 4.40 siap mandi
mula2 xmo makan.. last2 tergoda jugak
lauk kicap je la...

nota hati : kalo lah dapat tido ni, alangkah bestnya...

Sunday, August 22, 2010

::Menu Berbuka Hari ke10::

Jumaat buka puasa sorg... sob sob sob..
xpernah ok berbuka puasa tanpa teman...encik suami ada perjumpaan WAJIB kat opis + sekali dengan majlis berbuka puasa... WAJIB, maka wajib la pegi.. xpe la..
jadik ari jumaat tu dapur tidak berasap langsung.. rice cooker je kuar asap beli sajok kat PARAM dekat Kota Warisan, Sepang...
4 plastik je yang berjaya dirembat...
banyak sungguh utk sorg kan... tidak ler saya makan sorang, mesti la untuk anak2 sekali... xkan mak makan anak melopong...
apa ada dalam plastik??? jom skodeng..
untuk mak budak...
asam pedas ikan pari, rasa : xsedap.. cair.. ikan dah tua.. tapi lapar dah xde lauk lain dan xmo membazir, habis jugak... tepung pelita, rasa : ada rasa... popia, rasa : sedap...
untuk anak mak...
nasi lemak kukus, nasi tambah tanpa sambal...
sedap, sedap sedap...
paling sedap
budak yang macam biasa mengalahkan orang berpuasa
budak yang xkisah bab makan...
kenapa la diorg ni jual xsedap.. kalo sedap buleh beli lagi, kalo dah xsedap.. last la beli...

 nota hati : walaupun penat, letih kerja, masak sendiri paling puas makan

Jom Beli Barang Raya @ PUTRAJAYA

25 - 29 Ogos 2010
10:00 pg - 10:00 mlm
Lokasi : Presint 2 (sebelah Bhg. Pinjaman Perumahan)


 nota hati : macam sale @ putrajaya.. 10 tahun dulu, nak beli barang makan pun susah

Saturday, August 21, 2010

Sale Lagi @ Putrajaya

JOm SHoPPING @ PUTRAJAYA
Ada dua tempat sale mega raya...
satu kat PICC, Presint5, Jualan Metrojaya...
satu lagi kat Presint 16, dekat2 dengan alamanda..


nota hati : xtau la best ke x.....

Pandan Dengam Muka..

Tu la sape suruh ko main dalam tong sampah, kan dah terkial2 nak keluar...
dah satu jam ko dalam tu... tunggu jea la encik suami aku bangun baru ko buleh kuar.. tapi jangan harap ko akan bebas macam tu sajok.. tunggu la nasib ko nanti.. nak harapkan aku uruskan... opss sori.. aku takut + geli... ari rabu lepas time aku bersiap2 buat sahur ko buleh cuit2 kaki aku. .mau say hai la kunun .. nak kasi tahu la kehadiran ko... aku buat bodo je, x ambik apa2 langkah mau halau ko.. ari ni ari sabtu kita jumpa lagi... tunggu je nasib ko kejap lagi.. tu pun kalo ko xmati... lain kali jangan datang umah aku ok..

apa yang cik lynn bebel pagi-pagi ni kan... huhuhu 
tunggu...

nota hati : geli geleman masa cik siti cuit kaki ari tu

Friday, August 20, 2010

::Menu Berbuka Hari ke9::

Holla..
ari ni lambat sikit cite pasal menu berbuka semalam...
bzz tengok blog uols..
semalam saya kuar opis lambat sikit..kul 5pm. yea la,  sebelum balik harus kumpul tenaga, sampai umah buleh terus masak... almaklum la semalam kan saya x sahur... tapi itu x patahkan semangat saya utk masak... huhuhuhu...
sampai umah dalam kul 5.30.. terus capai periuk belanga.. bajet 1 jam siap masak... bawang segala bahan2 dah siap sedia awal2.. balik tinggal masak... jimat masa..
pung pang pung pang kat dapur..
 maka terhasil la menu ala2 meriah :
menu fav encik suami, ayam goreng berlada 
utk saya, sotong goreng kunyit lada hitam
wajib ada sayur, sawi goreng belacan...
dan cempedak goreng, jiran sebelah pulang mangkuk...
TQ kak siti, memang teringin sangat nak makan cempedak.. rejeki2..
untuk anak2, bubur ayam lagi... ingat lauk budak berdua ayam goreng+sayur jea, sekali aliya reQuest nak bubur ayam...
bila cakap ari ni makan nasik ok.. tetap cakap nak bubur ayam.. sebut dan sebut.. buatla...
siap masak nagm2 6.30.. mandi, solat asar.. suap budak berdua makan...

ari ni xmo miss sahur mcm semalam.. jadik pul 4.10 saya dah terjaga... sebelum loceng munyi

menu sahur :
untuk en suami, dah tentu jemput2 kosong + teh tarik...
saya nasik lebih semalam, x baik membazir...
 Mrs.K samakan menu kita, cuma u ikan masin, i ikan bilis...
hehehehe

nota hati : lepak sungguh semalam