TETAMU VVIP

Monday, January 31, 2011

BlueBerry Cheese Tart


Setelah hampir seminggu membeli bahan2...
akhirnya terhasillah blueberry cheese Tart Fresh form my oven...
 Dibantu oleh asyraff...
 macam biasa kata2 pujian yang ikhlas dari asyraff...
Pandainya mama buat kuih....
sedapnya mama.....



nota hati : yahoooo berjaya

Gambar Kawin Ayu Raudah ♥ ZaQuaN

 Sekeping, dua keping gambar Kawin Ayu Raudah ♥ ZaQuan hasil cilok dari FB my Sepupu...




Note : Thanks Mirul

Saturday, January 29, 2011

Jadual weekend yang padat.

Jadual hari minggu kami sekeluarga sekarang padat..
disi dengan jadual encik suami yang tengah aktif bermain bola...
gayanya dah mengalahkan team bola sepak negara..
Kadang2 seminggu sampai 3 kali games...
kalo hari kerja ada games, memang aku tak ikut walaupun diajak...
tapi hari minggu pulak sebaliknya..
awal2 lagi encik suami dah peasan, sabtu/ahad petang abang ada games kat  ......,  nanti bawak la apa2 bekal untuk berkelah... isteri ini, itu, dia pun ada..
bila dia dah kata macam tu, maknanya harus la ikut...

bakul hijau untuk isi bekalan
siap betang tikar lagi..padahal ada astaka di situ...
 team bunga raya FC vs lupa nama team @ Stadium MMU, Cyberjaya
kaum bapa mengejar bola yang sebiji...

kaum ibu bersembang + sisi perkenalan
anak-anak dengan aktiviti yang tersendiri..
dah macam pertandingan mewarna pun ada...
ada yang berlari..
sape lagi juara pecut kalo bukan aliya... huhuhuu

kadangkadang aku terpikir, dari ikut saje buang masa lepak tepi padang, bawak baju kain yang bertimbun kat umah tu utk lipatkan best








 nota hati

Friday, January 28, 2011

SAPE ADA NAMPAK MYVi Putih WUS948????

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi di area Puchong...keprihatinan anda amat dihargai :) ni berita benar...sila sebarkan...!
 
 
 
nota : copy paste dari fb 

Dapat Sampul Merah

Yahoooooooooo
ai dapat sampul merah yang di panggil ang pau...
 lagi dapat 3 bijik limau... 
tapi tinggal 2 bijik je, 1 dah telan...


nota hati : masih dapat ang pau lagi.. alhamdullilah rezeki

Suka-suka di makeup kan

Cerita semalam

time lunch macam biasa jalan2 gi Jualan Puspanita TERBEST kat MOA..
almaklumla baru gaji, hari2 mau melabur kat jualan puspanita...
hajat hari ni cuma nak terjah ayunar sahaja..
sementara tunggu kelibat ayunar, saje suka2 singgah kedai jual barang2 makeup...
dah singgah2 tu, suka2 pulak nak makeup percuma...
Sayang gambar b4 makeup xdok.. 
dah 95%  make up baru MRS.K kuarkan hp nak snap gambar...
dan hasilnya....
 ingat nak suh makeup natural jea...
tapi MRS.K suh smokey eyes...

 sape2 yang berminat contact : 012-3285167 (haris)
 .
balik kerja encik suami teguh... "pehh makeup tebal tu' sama macam dia tegur masa nikah kami dulu
 .
 yang tak best makeup tebal2 ni time nak cuci...  sib tgh bendera jepun
pulak tu semalam malas nak kuarkan mata palsu contact lenses
akibatnya tengah tonyoh2 muka dengan kapas sekali terpersan, ah sudah, mata sebelah dah kabur... sib dapat keluarkan... kalo x... uish... takut nak sebut...




nota hati : kalo hari2 nak makeup macam gini pergi kerja, mau kena start makeup seawal 6pagi.

Thursday, January 27, 2011

Mari Mengaji

 Asyraff baca Iqra'
setiap kali baca mesti nak start dari mula...
mesti nak start dari a' , ba
takde lidi sate, takde bulu landak....
  tunjuk pakai jari jea...
 dan dan tu Aliya nak ngaji jugak...
asyraff kata kalo nak ngaji kena pakai tudung...
jadi berlari lah aliya ke bilik mengambil tudung...
hambik, dia sarung tudung gipsi yang mamanya dah lama beli tapi malu nak pakai....
asyraff : aliya ikut asyraff baca tau...
aliya : ok
asyraff : a'
aliya : ba
asyraff : aliya! ikut asyraff baca.... a'
aliya : ba....
mama : hehehhehehe
 aliya mula-mula jea...
pastu ilang masuk bilik sambung main...
asyraff tetap tekun membaca....
bila tengok asyraff dah letih..
terus tanya asyraff dah penat ker? besok kita baca lagi...
tapi asyraff cakap, belum habis lagi....
bukan mama dah penat ok, tapi mama tengok asyraff yang macam dah penat + boring...
tak caya jom tengok....
sampai dah tercangkung2 dah...
suruh stop tak mau..
last2 mama cakap, mama nak solat, jap lagi kita sambung lagi...
tapi asyraff tetap tekun membaca...


nota hati : semoga anak2 ku menjadi insan yang berguna. insyallah

Wednesday, January 26, 2011

Inilah akibat mengunyah beras time pegnent

 Time pegnent dulu aku suka sangat lah kunyah beras..
Bila dapat kunyah tu rasa macam satu nikmat yang sukar nak digambarkan....
siap bawak bekal tau gi opis... tapi semua itu dilakukan tanpa pengetahuan encik suami.... lallalala
Orang kata kalo kita kunyah beras time pegnent, nanti masa baby kuar muka baby penuh dengan jerawat nasi.... 
xkira, jerawat ke apa ke kalo dah terliur, kata2 orang tu aku masuk telinga kanan kuar telinga kiri.... 
bila baby kuar, muka baby xde pun jerawat or putih2...
alhamdullilah...

TAPI
kesannya baru nampak sekarang...
kesannya akan berlaku bila aku nak masak...
tuang je beras dalam periuk... serettt... bunyinya...
laju je anak dara berlari ke dapur...
laju je dia pegang beras tu....
seronok la sangat dapat pegang beras....
seronoknya macam mama dia kunyah beras masa pegent dia dan abangnya dulu....
lihatlah bertapa seronoknya dia bermain beras....
saje kasi can pegang beras lama-lama....
dapat la mama snap snap gambar...
 bila tanya, best ker aliya main beras???
terus senyum... best la tu...
pulak tu mama kasi main lama lak ari ni.. sampai periuk2 di peluknya....

 korang dulu suka buat apa time pegnent???
ada kunyah beras? ice? kopi macam aku tak?
semua benda2 di atas kegemaran time pengent.. 
dah habis pegnent tgok pun tak minat...


nota : selera tekak

Tuesday, January 25, 2011

Fasha, Jejai Putus

 
KINI HANYA KENANGAN...Fasha dan Jejai ketika menjalin hubungan. 

Nora bukan dalang
KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

SUMBER : HARIAN METRO

Monday, January 24, 2011

Dutch Lady New Packaging

Tadi waktu lunch jalan2 g Bangi...
Masuk giant, sekali nampak susuDutch Lady..
Dutch Lady  new Packaging??
betulkah new packaging???

123

 456

Friday, January 21, 2011

Cabel Car at Batu Caves

2012 kat Batu Caves ada Cabel Car.

Kerajaan mengumumkan pembinaan kereta kabel di Batu Caves bagi kemudahan pengguna mendaki ke puncak gua terbabit.

Projek sepanjang 250 meter itu dijangka siap tahun depan.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak/Perdana Menteri
"Tak payah naik 272 anak tangga tapi boleh meluncur ke atas dan boleh sampai terus ke atas ini satu tarikan juga buat pelancong dan ramai akan berkunjung ke Batu Caves apabila siap cable car ini."

Perdana Mmenteri turut menyaksikan majlis tanda tangan memorandum bagi projek itu antara pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman dengan pemaju, Damodar And Conveyer Construction Limited dari Calcutta, India.

Kemudahan itu kelak bukan sahaja memudahkan penganut agama Hindu yang kurang upaya dan warga emas mendaki Batu Caves malah menjadi satu lagi tarikan pelancong.

sumber : TV3



nota : walaupun selalu sangat lalu kat MRR2, tak pernah sekali pun jejak kaki ke Batu Caves...

Gambar Pasport

Sekolah mintak gambar pasport anak2... 
punya lah nak jimat, so ai ambik gambar pakai kamera sendiri..
nak cuci nanti baru antar kat kedai...
dan nasib baik la ambik gambar sendiri... 
dengan penuh kesabaran si emaknya menyenap gambar...
kalo kat kedai gerenti kena bayar lebih...
xpun org ambik gambar suruh g tempat lain...
kenapa???
lihat lah sendiri....
suka2 dia je mau buat peace...

boleh pulak dia gelak... 
 
bila dah ok, cahaya pulak terlebih

dalam banyak2 ai cuci yang ini :

Harga cuci : 6keping RM7
sekali baca blog cHekgu Naman, cuci gambar RM 7 untuk 32keping..



nota : kalo abah yang ambik gambar, mau gambar pasport ada peace... hehehhee

Wednesday, January 19, 2011

REZEKI TERPIJAK!

REZEKI TERPIJAK! Itulah yang diibaratkan segelintir pengguna Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke selatan apabila menemui ribuan wang syiling yang dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di KM 244 dekat Rembau, Negeri Sembilan, semalam selepas kenderaan membawa wang berkenaan terbalik akibat kemalangan. Orang ramai yang melalui laluan terbabit terutama penunggang serta pembonceng motosikal sanggup membahayakan diri untuk mengutip wang berkenaan di tengah-tengah kesibukan lalu lintas sebelum polis tiba.

Sumber : Berita Harian Online
muka depan BH 19 Januari 2010

Kalo uols la kan, uols join x ambik duit2 yang bertaburan tu? rezeki tu...
Rezekikah? Halalkah? Renung2kan, Selamat Beramal...

Tuesday, January 18, 2011

Kad Jemputan

Macam2 rupa bentuk kad jemputan zaman sekarang...
dalam2 banyak2 yang ai pernah tengok, sangat terpikat dengan kad ini

kaler MERAH, bentuk Hati...
kaler PINK tu sampul kad..  
  bukak sampu ada gambar karton pengantin lelaki & perempuan....
sebelah kiri bahagian pengantin perenpuan,
belah kanan bahagian pengantin lelaki...
isi dalam...
kat tepi ada map...

sangat chantik... sangat tergoda....
nanti adik2 ai kawen nak suh buat kad macam gini lah...
lallalalla


nota hati : tapi bilakah adik2 ai nak kawen???

Google Earth

Pandangan umah ai melalui satellite 
ni hasil tranning last week ...
  disuruh cari airport, gi cari umah sendiri...
habis tu dah umah ai dekat dengan KLIA...
tetiba pulak... hehehhehehee

nota : 4 hari je lagi kursus utk penuhkan kuota kursus tahun 2011

Monday, January 17, 2011

ADNAN SEMPIT THE SERIES






Sipnopsis

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.





Kenapa Adnan Sempit ? :

Adaptasi dari filem Adnan Sempit- Segala-gala dalam hidup Adnan memang sempit – rumah sempit, duit sempit, ekzos pun sempit! Namun, Adnan tidak pernah merungut tentang hidupnya. Dia seorang Mat Despatch dan Mat Rempit yang sentiasa berfikiran positif dan bercita-cita tinggi walaupun selalu dianggap gila dan berfikiran ´sempit´ oleh kawan-kawannya.



ai xminat sangat.. tapi encik suami yang minat gilos..
kagum di situ kerana sebelum ni encik suami memang tak layan cite melayu..
dia layan cita TAMIL sajok channel 202..

lepas nengok cite tu yg ai perasan tetiba jea dia mesti cakap : HARUSSSS
lagi satu diasuka sangat nyanyi lagu triologi cinta 3 segi  pastu gelak2..
kenapa dia gelak? sebab dia terbayang2 angah raja lawak nyanyi lagu tu... sahdu ditu.. huhuhuhu


nota : ikut tengok jugak

Breathe Right

 Sape pernah guna Breathe Right??
ni ai nak story kat uols
Sangat-sangat berbaloi pakai Breathe Right
sekotak 12 keping untuk  RM10++

Breathe Right kids untuk anak-anak bila selsema...

alkisahnya, malam sebelum sebelum ni, aliya selsema..
time tido hidung tersumbat, jadik tido aliya pun xlena... asik terjaga jea...
bila dah terjaga, dah tentu la maknya terjaga sama....
dengki tengok encik suami sedap tido xsedarkan diri, harus kejut bagitau hidung anak tersumbat..
padahal, boleh buat sendiri... lallalalallalala



esoknya encik suami beli breathe right kids...
malam tu aliya tido sangat lena walaupun masih selsema...

lena sungguh dia tido.. usik2 pun xsedar...
 
 Breathe Right pulak untuk encik suami yang gerenti **mengorok bila terlalu penat disiang hari...
**mengorok kata orang jawa, kata orang melayu, berdengkur
 bila pakai ni, bukan setakat orang yang guna je tido nyenyak, rakan sekatil pun nyenyak sekali....i like
2 in 1 gitu, berbaloi2
mula2 encik suami yang start guna dulu diikuti aliya...
ai tak pernah cuba lagi...

akhir kata, kepada sape2 yang rakan sekatil tidor berdengkur, gi la dapatkan Breathe Right...
gerenti tido uols nyenyak...


nota hati : diri sendiri mengorok, xtahu sebab xdengar... hehhehehe

Friday, January 14, 2011

Kashaf Imani

Jom tengok Beto Kuyairy dalam KasHaf Imani pulak...


Kashaf Imani @ ASTRO RIA (17 FEB)



Telemovie ini bakal di tayangkan ke kaca TV anda pada 17 Feb 2011 Jam 9 malam Khamis Astro Ria. Rancangan ini di terbitkan olehRADIUS ONE.

Kashaf Imani ini lebih kepada nama orang yang mempunyai maksud Kashaf ini menurut satu sumber maksudnya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib, dapat membaca hati dan bisikan orang lain atau erti lainnya terbuka hijab,  nampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati, seolah-olah benda yang nampak itu terlihat nyata pada kedua-dua mata. Manakala Imani bermaksud keimanan.

Apapun kita nantikan lakonan hebat Sharifah Amani yang bakal menghantui kaca TV serta bakal menyentuh jiwa  dan sanubari anda 17 Februari nanti sempena Maulidur Rasul.