JANGAN TERTIPU
Adakah anda pasti tayar kereta baru anda selamat digunakan diatas jalan raya?
Mengikut piawaian tayar antarabangsa, jangka hayat tayar hanya bertahan selama hanya 5 tahun selepas ia dikilangkan.
Ini bermakna, selepas tamat tempoh, getah tayar itu akan menjadi keras atau dalam bahasa mudahnya ia akan "mati cengkaman".
Asasnya, rangkaian nombor di bahagian tepi tayar yang selalunya dicetak tenggelam ke permukaan tayar, akan memberi kita maklumat mengenai tarikh ia dikilangkan.
Misalnya, jika rangkaian nombor pada tayar tersebut adalah 3001, ini bermaksud tayar tersebut dikilangkan pada minggu ke-30 pada tahun 2001.
Oleh itu, jangan tertipu! Sekiranya ada kedai menawarkan tayar dengan harga murah, periksalah terlebih dahulu rangkaian nombornya bagi mengelakkan anda menjadi mangsa.
Besar kemungkinan, tayar tersebut telah tamat tempoh penggunanya. Ingat! Tayar yang telah tamat tempoh berisiko tinggi mudah meletup pada kelajuan tertentu.
Ia juga sudah tidak sesuai digunakan di jalan raya kerana akan membuatkan kereta anda terasa bergegar atau kurang mencengkam.
Perkara tersebut boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu mudah terbabas terutama di selekoh yang licin.
Seperkara lagi yang pemandu perlu tahu, jika anda melihat usia tayar dikilangkan berusia kurang tiga tahun, jika dipasang pada kereta, ia turut diklasifikasikan berbahaya.
Sebagai panduan, jika anda lihat tertera nombor 1508, tayar itu dikilangkan pada minggu ke-15 atau dari 6 hingga 12 April 2009.
Maksudnya, jika anda membeli tayar tersebut pada Rabu, 6 April ini, tayar tersebut telah berusia tiga tahun.
Ini kerana tayar tersebut telah menjadi keras disebabkan sudah terlalu lama tidak digunakan atau disimpan di kedai berkenaan.
Mengenai jenis tayar pula, penguna di negara ini lebih gemar memilih tayar import yang dikategorikan mahal.
Walaupun tayar itu dikatakan lebih lembut, ia sebenarnya direka bersesuaian dengan iklim negara pengeksport tersebut. Ia lebih sesuai digunakan di negara mereka berbanding Malaysia yang beriklim panas.
Penggunaannya akan menyebabkan tayar kenderaan mempunyai jangka hayat pendek serta kehabisan bunga atau pemukaan menipis.
nota : gigih cik Lynn menaip artikel dari surat khabar utusan semalam..