TETAMU VVIP

Saturday, April 30, 2011

A&W

perbulan mama dan anaknya ..


Mama : Jom kita pegi A&W...
**dalam hati sudah terbayang2 root beer float
bila sampai depan A&W sekali...
Asyraff : tu bukan & la mama... N macam ni.. (sambil tulis huruf  N di udara)
Mama : habis tu apa?
Asyraff : tu G kecik..
Mama : ..... (tolong, help me....)

sedikit sejarah aku : lepas habis exam PMR tahun 1997, aku teman kawan2 g cari keja kat A&W dekat2 Selayang Mall...sekali aku yang sekadar teman pun dapat keja jugak... keja la aku kat sini dalam sebulan... seronok sangat dapat 1st gaji...

Friday, April 29, 2011

Hasil Projek di Malam Jumaat

Semalamkan cik Lynn story pasal Projek Malam Jumaat kan...
bila dah ada projek, mesti ada hasilnya kan....
tapi sebelum tu nak kasik tahu yea, Projek Malam Jumaat Cik Lynn telah berjaya....
yahoooooo...

tapi harap maklum ye kawan2.....
Projek malam jumaat tidak menghasilkan orang baru okey....♥♥♥
harap maklum.....
sekian terima kasih...
agagaggaga.....

ni nak kasik tayang Hasil Projek di Malam Jumaat...
Pinjam nama coklat Muna
Kon biskut eskrem mini...
 gambar banyak2 takde...
sayang sekali... huhuhuhu
dan Ini Main Project...
kek coklat moist kukus 


semua hasil2 Projek telah selamat dihantar ke sKool Asyraff pagi tadi...
dan lebih coklat sudu sedap telah selamat diagih2kan kepada opimate....

nota hati : mata ku dah mengantuk gara2 projek malam jumaat....

Thursday, April 28, 2011

♥♥♥Projek Malam Jumaat♥♥♥

Asal malam jumaat je semua sudah pikir lain kan...
hihihihi
Ini bukan projek larut malam la...♥♥♥
ini projek untuk jamuan besday asyraff kat skoll pulak... besok... 

Balik keja kang aku dah terbayang2...
mau buat kek coklat, coklat sudu, bungkus biskut eskrem...
peh... macam2 mau buat...

semua mau buat sendiri ...
nak jimat.... nak cermat... gerenti poket selamat....
nak jimat, harus kena pengorbanan.... betulkan....

sebenarnya semalam aku ada buat testimoni kek coklat...
muahahhahaa...
bunyik macam bagus je siap BERtestimoniKAN... malunya

ini la rupa kek testimoni....
tersenyum je kek aku...
hahhahahah
pukul 12 kek siap dikukus...

yea la kena la buat testimonikan...
buat aku buat kang tak jadi macam cerita kat SINI kang, 
mana aku nak cari kek tengah2 malam....
terus terang cakap, betul2 aku tak mampu nak sediakan kek besday utk asyraff sebulan sampai 3 biji....

kenapa banyak sangat?
1 celebrate kat umah, 1 skool, 1 taska...
 tu yang sampai 3 biji... huhuhuhu
baik buat sendiri, jimat!
buleh buat banyak kali.... lallalala

untung lah anak, emok ko dulu sebiji kek share 3 beradik... 

nota hati : harap2 projek mega akan berjalan dengan lancar... 

Wednesday, April 27, 2011

Gaji Dah Masyuk!!

25 hb adalah tarikh keramat...
sungguh keramat bagi sape2 yang kerja makan gaji macam aku...
tapi sampai hari ni, aku belum sempat lagi ambik gaji....
itu bukan satu tanda aku terlebih duit....
silap kalo kamu anggap aku banyak duit...
berbaris list2 hutang yang ada dalam senarai...
tetapi sangat sadis, kad bank....
DI MANA aku letak???

nota : ni la akibat banyak sangat beg... huhuhuhu

Tuesday, April 26, 2011

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah

Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan. 

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.


nota hati : anda setuju?

Bila suami nak minta kawin lagi..then si isteri...( hakhak....)

..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula? 
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga"
isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya? 
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural 
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

nota : ada berani??? muahahhaha....

Saturday, April 23, 2011

Abang Nang Kasik ai jugak !

Semalam, semua dok bercerita dapat BE baru...
antaranya, Nana, fiza, Farra Dhelina..
aku pun apa lagi, nak tengok la jugak kot2 dapat BE jugak...
tgok2, sekali... yahooo
Rezeki hari minggu, abang Nang kasik 2 BE!! 
tenkiu abang nang! 
harap masyuk la bulan ni!!!

nota : harap2 dia lepak lama2 kat blog ai ni 

Friday, April 22, 2011

Nikmatnya Durian

 Lunch tadi kami pi pasar tani....
 pegi pasar tani beli doryan....
sangat sedap.....
bertambah2 nikmat doryan ni bila dinikmati di opis....
peh, baunya harummmmm....

ni doryan kampung.... sekilo RM8
ni doryan D24 sekilo RM20
sedapnya doryan....
perut masih berangin pun ku belasan jugak...
 layan Mrs.K menikmati doryan....
batuk2 makan doryan...
doryan punya pasal, balik telan ubat....

ini gara2 si cikmot tel cakap pasal doryan... 
terus aku tergoda.. nak jugakkkk.....

oit ko dapat beli ker?
kami beli doryan tanpa kulit...


nota hati : rugi la sape tak makan doryan....

Kawan itu....



Kadang-kadang kawan tu macam MAGGI, time susah kita cari...

kadang-kadang kawan tu macam CHIPSMORE, kejap ada kejap takder....

kawan juga kadangkala macam ASTRO, macam-macam ado...

 tapi buatku, kawan tuh seperti L'OREAL, *kerana dirimu begitu berharga
* Ha ha ha




nota : setuju???


Gift Voucher

Bestnya, di hujung2 bulan dikala poket tengah kering kontak...
suka2 gi kaunter JJ, sekali dia kasik Voucher...
sangat lah best....

tapi mau sHopping apa yea???


Wednesday, April 20, 2011

Sakitnya Perut

Sakitnya perut aku ni..
dah 2 hari sakit...
sakit angin kat montot xmo keluar...
kiranya dah 2 ari aku xkentut dengan sepuas2nya...
seksa lah sangat rasanya..
macam2 ubat dah telan..
air halia dah minum....
klinik pun dah pegi..
tapi masih sakit....


nota hati : sedapnya kalo dapat kentut puas2....


Coklat Sudu Buatan Sendiri...

 Coklat sudu buatan sendiri...
TQ to Karipap Sayur kasik share resepi..


buat coklat ni sangat senang...
kebetulan semua bahan2 aku dah beli awal2 lagi sejak tgok n3 mak Qaiser...
sangat semangat ok..
tapi macam biasa, last minute baru mau buat....
kalang kabut dibuatnya...
sampai aku lupa nak buat puding caremal, lupa buat puding custard...
lupa macam2...
semata2 untuk buat coklat ini....
huhuhu


nikmatnya coklat sudu yang cik Lynn buat...


Hadif


BaLQis

Wawa

 Bihah


 nota hati : harus  buat lagi untuk 29hb

Tuesday, April 19, 2011

Celebrate Besday Asyraff

Tarikh : 15 April 2011
Masa : Lepas Isyak
Tempat : Teratak Kami, Taman Bunga Raya
Perkara : Tiup Lilin


Celebrate kali simple2 sajok...
xde besar2 macam tahun lepas...
jom... zasssss

Depan umah, encik suami yang deco2...
aku sibuk di dapur...

Cake, beli sajok...


jom nyanyi....
sampai 5, 6 kali jugak lilin ditiup.... sampai kontot lilin dibuatnya...
hahahhahaha

Besday Boy...

Acara Potong2 kek...


nota : majlis yang sangat ringkas


Monday, April 18, 2011

Isnin

Pagi ni hujan...
pegi keja jalan jem...
lambat sikit nak panas badan....
jap jap lagi kot baru panas...
almaklimla jumaat cuti2, main masak2....
jap lagi ai datang umah uols..
Tunggu......

nota : n3 ringkas, kasi panas badan....


Friday, April 15, 2011

Hadiah besday dari my BFF

hadiah besday tahun ni dapat lambat lagi....
maksud aku hadiah dari MY BFF lah..

mana tak lambat dapat, aku xtau nak mintak hadiah apa... mcm2 aku mau... hehehhee

Kalo Mrs.K nak hadiah periuk kukus,
aku lak mintak hadiah Blender yang ada 2 jug...

tamak ko, mintak smpai 2 jug...

suka.. sangat suka!..

Terima kasih yea kawan2 ku...
sayang ulos semua

tak kasik hadiah pun ai sayang tau...


nota : blender kat umah jag nya pedas....
tu yang mintak blender baru, senang nak buat askream...



nota hati : nilai persahabatan bukan diukur pada harta, tapi pada hati yang ikhlas... hargailah nilai sebuah persahabatan...

Dah kena Cop

Hari tu aku story pasal register murid tahun 1 kan, kat n3 INI
lepas register, salinan permohonan kena antar kat sekolah yang kita minta dengan dokumen yang diperlukan..


PENGHANTARAN DOKUMEN HARUS SEBELUM 14 HARI SELEPAS PENDAFTARAN

antaranya dokumen yg kena bawak :

1. salinan surat beranak
2. salinan mykids
3. bil 
4. salinan surat nikah
5. surat perakuan majikan
6. salinan kad pengenalan ibu dan bapa
last sekali, 
jangan lupa bawak surat beranak asal tau..

bila gi sekolah, orang pejabat akan cop, tanda kita dah daftar...
kat belakang surat beranak tu.. macam gini.... .


















aku punya surat beranak...
mau kasik tayang jugak... lalalallaa

















pun ada cop daftar untuk masuk darjah 1....


















nota : 2013 Asyraff Hakimie masuk darjah 1, insyallah..



Thursday, April 14, 2011

Happy 5 Year old sayang


 Happy birthday to you..
happy birthday to you...
happy birthday to Asyraff Hakimie....
happy birthday too you...

mama sayang asyraff, mama doakan asyraff hakimie menjadi anak yang 
soleh, bijak, berilmu...
semoga anak mama berjaya dalam segala perkara..
amin


nota hati : dia sudah besar... 

Wednesday, April 13, 2011

Perancis bolehkan dedah payu dara, purdah haram

Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris, semalam. – REUTER




PARIS 12 April – Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payu dara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees.

Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 (RM645) di bawah undang-undang tersebut.

Demonstrasi yang diharamkan itu, di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame, penuh simbolik dengan sejarah zaman pertengahan Perancis dan semangat memberontak yang biasa ditunjukkan oleh warganya pada zaman moden.

Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular.
Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau.


Pengarah filem porno, Rocco Siffredi bersama pelakon porno di Cannes, Perancis, baru-baru ini. – REUTERS


Polis pula merungut, undang-undang baru itu sukar dikuatkuasakan.

“Undang-undang itu sangat jelas. Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant pada mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg, semalam.

Beliau berkata, pengharaman tersebut melindungi dua prinsip asas iaitu sekularisme dan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Undang-undang itu hanya akan menjejaskan kehidupan kira-kira 2,000 wanita Islam di Perancis yang memakai purdah (dikenali sebagai niqab di sini) dan burqa, tetapi ramai penduduk Islam melihatnya sebagai penghinaan terhadap agama mereka.

Walaupun mendapat sokongan meluas rakyat Perancis semasa diluluskan pada tahun lepas, undang-undang tersebut membimbangkan sekutu Paris, mencetuskan protes di luar negara dan melambangkan kesukaran negara ini untuk mengintegrasikan penduduk Islam yang berasal daripada kaum pendatang. – Agensi


sumber : utusan malaysia



nota hati : orang kita, dulu berkemban, sekarang tak pakai bra pulak.... ish ish
fikir2kan...

Dutch Lady

Tanggal 24 Mac 2011, jam lebih kurang dekat2 kul 12..
seorang teman telepon handset cik Lynn...
bagitau susu anak2 kami kat :

Giant RM17.90
dan 
TESCO RM19.50

bila dah dapat news baik punya, harus la dengan pantas Cik Lynn sms encik suami bagitau...
tup tup dalam 10 minit encik suami bagtau dia dah sampai Giant....
peh... kalo masuk lumba ni, mesti encik suami menang... ekekkekek
Hasilnya...
encik suami berjaya merembat 5 paket susu utk Aliya Qaisara...
1 paket lagi dah habis....


nota hati : jadilah penguna yang bijak... ekekkekee

Tuesday, April 12, 2011

Musim durian

Alhamdullilah...
pagi semlam sebelum pegi keja, Mrs.K dengan murah hatinya, 
antar 4 biji durian depan pintu umah ai...
TQ ye siti...
rezeki aku dan anak2..
nasib la encik suami tak makan durian....
balik petang semalam, tak tunggu lama, terus kopek, makan...
sedap banggat...
sedap hingga menjilat jari
jilat tangan...
betul2 sedap sampai menjilat lengan...
hahhahaha
peace to ibu hadif.... 
durian sedap...



nota tekak : makan durian kampung.. terasa tekak panas... 

Kecik2 lagi dah pandai boring



Story last week, seminggu simpan buat pekasam... huhuhuhu
Hari sabtu lepas,Asyraff pergi umah neni. my mama 
Asyraff awal lagi dah ikut Pak Ngah dia. adik aku, An
Bila Asyraff xde, Aliya sangat la boring....
ASQARA tak boleh ganti Asyraff... sungguh tak sama...
Hari Ahad pagi2 lagi Aliya dah sibuk ajak pegi umah neni, ajak ambik asyraff
jom layan aliya yang boring...




otw, 
Aliya baca paper....
elok je duduk belakang...
selalu Asyraff duduk  belakang sorang2, Aliya sibuk menyempit kat depan....
xmalu nampak panties

Aliya dah pandai baca paper... hehehehe

Sian dia...

boring...
tido lagi best....


nota : kalo ada Asyraff, teruk Aliya buli Abang, dah takde rindu pulak...

Monday, April 11, 2011

hepy 2nd aniversary

Syukur Alhamdullilah...
 ari ni genap 2 tahun kami berteduh di 
Taman Bunga Raya..
kejap je masa berlalu...
dari Kuarters Presint 11 Putrajaya, kami pindah ke Taman Bunga Raya..


Rumah yang kami encik Suami beli masa aku pegnent Aliya Qiasara 7bulan...
gambar baru, xde... 
story sikit
masa tu saje gatal2 ajak encik suami beli umah...
alasan yang aku bagi :
 rugi bayar duit kuarters mahal2, tak dapat apa2....
mana tak mahal elaun umah + elaun cola....
kalo tambah lagi sikit dah buleh dapat umah sendiri...


terus encik suami setuju...
apa lagi jalan2 cari rumah la...


 dalam tempoh 2 minggu, kami dah dapat rumah...
rasa macam beli ikan kat pasar...
nampak terus jatuh cinta...
walaupun banyak pilihan lagi, tapi rumah ini tetap menjadi pilihan....






nota hati : kecik2 pun rumah sendiri... alhamdullilah

Saturday, April 9, 2011

Resepi Telur Tiruan

Tak yah ayam untuk hasilkan telur ayam....
senang la ayam lepas ni xyah bertelur... ekekkeke


bahan-bahanya...
lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin b*b* kot, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat.

 Lapiasan luar telur kuning terbentuk.

Dengan menggunakan benang, telur yg telah beku direndam dalam larutanparafin untuk membentuk cangkerang telur. 

Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. 
Siap !

bila pulak aku bertelur???

bahaya telur tiruan : 
telur ni memang bahaya kerana mengandungi asid benzoik (bahan pengawet) dimana boleh menyebabkan kerosakan otak sel saraf dan penyakit hati...

nota :  dah tau cara, ada berani ker nak try? 
Sumber : encik Google