TETAMU VVIP

Tuesday, May 31, 2011

KADAR TARIF ELEKTRIK


PUTRAJAYA 30 Mei – Kerajaan hari ini mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang menyaksikan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak akan mengalami kenaikan bil bulanan sekiranya mereka mengekalkan penggunaan elektrik pada 300 kilowatt sejam (kWj) atau kurang.


Kerajaan terus memberi bekalan elektrik percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20. Kerajaan dijangka menanggung kos RM122 juta setahun untuk membiayai bekalan percuma ini. - Kredit UM 31052011



nota hat : semua pun naik, bila la kerajaan nak bagi gaji baru...


Mownik

Mownik semua..
pagi ni hujan renyai2 turun...
cik Lynn sangat suka sebab tak yah siram pokok...
jimat.....

Pagi ni buat sarapan simple untuk anak2...
Pau kacang, susu cawan untuk asyraff dan susu botol untul aliya....
tak lupa untuk encik suami dan diri sendiri,
Nasi Goreng Cili Padi...
rasa yang sangat pedas.... SEDAP!
**gerenti encik suami bising petang nanti....


nota hati : masa sendiri itu sedap, tapi malas


Monday, May 30, 2011

Biru Mata Hitam ku



tu tajuk lagu...

ni nak cerita kelabu mata cik lynn dibuatnya....
ini semua gara2 tak tau nak pilih yang mana satu...


mula2 tak minat...
tapi rasa nak try cuba pulak....
bila dah sampai kedai, tengok jadik rambang mata..


konon2 nak pilih yang tak nampak sangat....
malu la kata kan...
ahaks.....




last2 ambik ini....

ni 1st time pakai mata berkaler... 
pakai xde rasa apa sebab dah biasa pakai lens... 
lagi pun pilih jenis yang betul2 lembut...


tapi kan nak habak sikit....
pakai lens berkaler ni yang tak bestnya mcm ada sekit gangguan kat mata...
mcm ada bayang kacau...
tapi sebab nak merasa, hambik ko, rasa la....




nota hati : malu la pulak nak bertentang mata


** tayang sekali hasil vco



‘Bir halal’ jadi haram


JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.


“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.


Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.



“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.

Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.


“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.


“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.



nota hati : minum air teh je...



Friday, May 27, 2011

Dia dah datang... yea yea

Assalammualaikum... 
Waalaikumsalam
Jemput masuk...

sape yang datang tu?
dia yang datang...
tak nampak la... gelap sangat la..
kasi la terang sikit...
ok ok...
sape ni xkenal pun???
ni la abang yang datang umah cik Lynn 3 minggu lepas...
abang ni datang untuk ini
dan ini
abg ni datang untuk mengantikan beruk yang dah lama ditendang kuar dari umah Cik Lynn....
xguna punya beruk...

yahooo kat umah dah ada streamyx...


tapi kan walau pun ada streamyx siap dengan wireless....
ciK Lynn tetap tak dapat nak bronline....
kerana....


























































DIA
 
petang dia....

 malam pun dia jugak.....




nota hati : harus ke beli lagi 1?? tap kalo beli 1 lagi, adik dia pulak......

Thursday, May 26, 2011

Tetamu dari QATAR

Cuba tengok apa yang telah Cik Lynn highlightkan kat kaler merah tu...
ada nampak ???



kurang jelas la...
meh kasi ZOOOOmmmmm



Cik Lynn dapat tetamu dari Qatar...

agak2 uols la kan, sape la tetamu dari Qatar tu kan...

Cik Lynn rasa la kan....
bukan nak perasan la....
tetamu dari Qatar tu kan....

Dia









































































Eid yang datang blog Cik Lynn....
Semalam kan dia g Qatar...


 

nota hati : lalalallalala

Bila dapat gaji.....

 Bila dah tiba hari gaji padang apa pun mau beli....
Bila tengah banyak duit, ajak pegi mana pun suka...

Selasa tu kan hari gaji, so cik Lynn antar Mrs.K balik rumah dia....
pastu dia ajak g BoutiQue Ayunar... 
(dekat ngan umah dia)
jom... hari gaji la katakan...

 bawak sekali asyraff dan aliya gi BoutiQue Ayunar kat Nilai...
dan bila sampai, harus la tengok-tengok, belek-belek...
dan terpikat....
dah terpikat, harus la beli.....


scarf batu telah disambar...
blink blink gitu....



tapi kan.............
sedikit tak puas hati....












































kerana....



































































































yang terpikat bukan emak, tapi anak...
hhuhuhuu
LIHATLAH.....


scaft batu pilihan aliya.....

 sekarang anak sudah lebih bergaya dari emak... 
sampai emak nak bersolek pun xsempat gara2 dia suruh siapkan dia dulu....
bila dia dah siap, abah pun kata "cepat la.... "





nota hati : alahai anak dara.....


Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz TUKAR Aleesha Farhana Abd Aziz


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.
 

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.
 

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
 

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.





nota hat : sian dia. dah elok2, tukar pulak.........



Wednesday, May 25, 2011

JOM Beli Virgin Coconut Oil (VCO)

STICKY MODE

RM39.90 Sebotol = 60 Kapsul


Macam mana nak order?

Sila hantarkan maklumat penuh anda ke email saya untuk membuat pesanan..

email : 


fantaghirolynn@gmail.com

Saya nak VCO
Nama :
Alamat : 
No. HP :
Jumlah Iteam :
Pembayaran melalui : Maybank2u @ CIMB

atau nak cepat,

sms/call :
 012-6853302



p/s: stok sentiasa ada.
Pay today, get the next day!




untuk maklumat lanjut Klik di SINI

Pergi Balik Jumpa Mereka

Runtin selepas gaji, harus terjah jualan MOA kat seberang jalan sana...
bukan beli apa pun, just jalan2 cuci mata jea....
betuk Cik Lynn xbeli apa2 pun... cuma beli jambu, beli kerepek jea.... xbeli tudung, xbeli kain, xbeli baju jugak....
Masa menapak dari opis ke MOA, terserempak ngan motor2 besar...
semperna "PerHimPunan SeJuta Belia" anjuran KBS...
jom nengok
masing2 kuar HP snap gambar....
mula2 cik Lynn malu...
tapi bila dah semua ambik gambar, rasa mcm malu pulak cik lynn sorang je xsnap gambar.... jadik join jugak la snap gambar.... muahahhaha
turn keta2 ferrari pulak
paling suka kaler merah...
 dan tak lupa snap gambar dia















































































cun kan kawan cik Lynn ni



 nota hati : meriah sampai nak kuar opis pun payah

Monday, May 23, 2011

7 set baby GAP pyjamas

Mula2 window shopping, setakat cuci mata... 
suka tengok2, bukan kena bayar pun kan..
tengok punya tengok....
sekali tergoda sudah....
terus sambar 7 set baby GAP pyjamas
 
tamakkan, bolot habis...
tapi kan nak bagitau, untuk cik Lynn cuma 2 set je... 
1 untuk Asyraff, 1 lagi untuk Aliya...
yang lain2 tong tong ngan member2....

sape yang berminat gi la terjah Kids Booth

nota hati : nak beli barang emak, tapi barang anak jugak didahulukan...