TETAMU VVIP

Wednesday, June 29, 2011

Meja SoleK Fesyen Baru...

Welcome back...
Dah lama tak bersiaran...

Hari ni Cik Lynn nak mulakan n3 dengan menayang meja solek atau nama inggeris nya dressing table..
comel je dressing table cik Lynn, cermin pun xde....

Dah nama meja solek, harus la segala2 nya dihuban ke atasnya....
kunci keta, botol2 jamu...
kemas dan tersusun kan kan...
harus la kemas, sebelum snap gambar, harus kasik susun kasik cantik, cantik...


meh nak kasi tayang dengan lebih jelas dressing table....








































I
I
I
I
I
I
V




Tarra....

Ini la dinamakan meja solek fesyen baru....
susah ooo nak dapat meja solek macam gini...
canggihkan..

****ayat sedapkan ati sendiri...
muahahha

meja solek cik Lynn jadik macam ni gara2 anak2 la....
sekarang anak dara pulak musin main make-up, make-up..
habis gincu molot mak patah2 dibuatnya......
sekarang dah letak tinggi-tinggi...
tak tergapai dek ketinggian mereka....
selamat...

tunggu la sampai merake besar cik Lynn usaha beli dressing table yang baru....




nota hati : selamat, mudah dan jimat.... 

Friday, June 24, 2011

Sepentot

Lunch hari ni, kami g terjah JJ EQUINE....
baru gaji la katakan...


Cik Lynn beli sepentot 2 helai...
cantikkan   ^_^

tapi ni bukan utk cik Lynn, tapi untuk Aliya Qaisara....
malu la kalo nak tayang sepentot cik Lynn kat dalam blog...
jadik, tayang sepentot anak dara je la....

Ni nak kasik tau kepada sape2 yang pakai sepentot scarlet macam cik Lynn,
korang perasan tak, kalo dulu sepentot scarlet RM10 dapat 3 helai, 
sekarang RM10 tinggal 2 helai....
huhuhu....



nota hati : beli sepentot pun harus berkira2....


Thursday, June 23, 2011

Hati menyanyi riang

 Bunga dalam hati sudah kembali mekar..
syukur alhamdulliah...


nota hati : rupa cantik tak bereti hati pun cantik

Monday, June 20, 2011

Takde Mood...


Selamat Hari Bapa

 Selamat Hari Bapa buat,

Abah...

dan Abah, (FIL)

dan encik suami jugak, yang bergelar abah kepada anak2 cik Lynn,



Thursday, June 16, 2011

Baju Kurung & Baju Kebaya Untuk Raya

Geram tengok baju kurung & Baju Kebaya...
bukan untuk emak, tapi untuk anak2....
sangat comel..

Jom sama tengok...


Baju Kurung, Polkadot Merah


Baju Kebaya, butterfly


nak lagi banyak, tengok @ Best Bargain Store

UNIFI

Sape yang merajuk, kecewa dengan stesen berbayar yang 1 tu,
Jom bertukar ke unifi....

ada internet, ada telefon umah, ada TV jugak...

ada 3 pakej yang boleh dipilih...

ada jugak TV 1, TV2, TV3... TV al-hijrah pun ada...

nak tambah channel pun boleh jugak
tapi kena bayar la...

ada move jugak

nak maklumat lanjuk sila la ke TM
sebab n3 ini tak berbayar...
ekekkee


nota :  Unifi ni belum menyeluruh lagi, tapi untuk penduduk KL dan sewaktu dengannya, boleh kot nak apply, memang tak rugi. setakat ni memang sangat ok. 

nota hati : rasa2 nak pakai unifi, balik umah mama la...



Adik Bongsu nak lahir...


Sakit...
Gigi sakit, kepala pun jangkit sakit...

Adik bongsu sebelah kanan nak keluar pulaks....
Adik bongsu sebelah kiri sudah selamat .... 
eh mana pulak cik lynn simpan...

Nak tak nak harus jumpa DENTIST lagi....
tapi malasnya nak bergerak....


nota : malas nak bergerak tau, bukan takot nak jumpa dentist... ^_^


Wednesday, June 15, 2011

Walaupun Banyak TV, TETAP tak puas tengok TV

Bukan tanda2 tak reti bersyuk 
mahupun nak menujuk....


Nak story...

kat umah Cik Lynn ada  4  buah TV.. cap ayam jek pun
1 kat depan, 1 kat dapur, 1 kat bilik main anak2, 
dan 1 lagi kat bilik belakang a.k.a bilik baju...
1 lagi dah jual.... xcukup meja nak letak    ^__^
kalo buleh semua tempat nak ada tV... 


TV kat depan dicontrol astro sepenuhnya..


TV kat dapur link dengan TV kat depan, ala2 kedai mamak gitu...
tv dari encik suami bujang, 8 tahun umur tv ni

TV dalam bilik main anak2, untuk tgok wayang karaoke

TV kat bilik belakang a.k.a bilik baju, guna area atas bumbung....
biasa tgok time gosok baju waktu pagi
1st TV...

so xde alasan untuk berebut TV....

tapi banyak macam mana sekali pun TV dalam rumah tu,
Cik Lynn tetap tak puas nengok tv...
mana nak puas nengok TV kalo masa time Cik lynn tengok tv,
 time tu anak2 nak air la... nak berak la, nak mandi la... gaduh la....
nak itu, nak ini....
apaknya pun sama naik dengan anak...
ada saje nak dengki....
kalo macam gini mana nak khuyuk tengok TV

sungguh la mereka jeles bila tengok omaknya duduk depan tv..
time apaknya tengok TV xde lak depa 2 beradik ni nak kacau...
hairan sungguh..

anak2 mama, mama tgok TV, tangan tetap jalan....
sambil tengok TV sambil lipat baju...
ada masa sambil masak... sib tak pernah hangit
sambil kemas rumah....
sambil tido pun selalu jugak... sape tgok sape?

sebab tu la alasan munasabah yang kena diterima akal kenapa cik Lynn kena tengok tv kat opis..





nota hati : layankan je la.. anak2 kan permata hati.. kadang2 biasa sangat ijau jugak dibuatnya...

Drama Insyallah @ ASTRO OASIS

Sape tengok cerita Insyallah kat ASTRO OASIS hari ahad, 12 Jun 2011?
harus la promote OASIS, kata duta OASIS tak berbayar... 
kan Mrs.K dan ciKMot kan.. ai kan duta tak berbayar... ^-^ 

cerita sangat best.. lagu dia pun best jugak... kehilangan
jom tengok


Part 1 :


Part 2 :


Part 3 :


Part 4 :


Part 5 :


Part 6 :




terima kasih : Movies Catcher Blog

Tuesday, June 14, 2011

Gempa 5.9 magnitud gegar Sumatera Utara

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi. 


sumber : berita harian

Blueberry Oreo Cheesecake

Tepukkan untuk diri sendiri, sebab dah pandai masak....

From 1 baru pandai masak nasik.. lauk dah siap masak..
form 3 pandai masak sardin... bai masihkah kau ingat????
Bila dah kawen, pandai masak lauk untuk encik suami tercinta dan anak-anak tersayang...
buleh buat cekodok pisang yang bikin x-jiranku terkenang2..
pastu up sikit lagi, buleh buat cistat... 
sekarang dah pandai lagi... dah buleh buat cheesecake pulak....
yahoooo.....

**cistat dan cheesecake kak siti, jiran sebelah umah yang kasik tunjuk ajar... TQVM

betul2 kagum pada diri sendiri....
sebelum ni memang cik lynn la orang yang paling malas nak masuk dapur....
tapi segala2 nya berubah setelah dapat dapur merah.... ^-^

tarra....
Blueberry Oreo Cheesecake

pandangan sisi....
base dia biskut oreo

bahagian atas letak jem blueberry....


nyum, nyum...
sangat sedap... 
2 biji licin, anak2 suka.. buleh buat lagi
apak dia tak minat...


nota hati : kalo nak, macam2 buleh jadik....


Monday, June 13, 2011

Azan di Channel OASIS

Betul la n3 dia, orang tu yang azan...

*saje je nak  buat n3 untuk blog sendiri... 
lallalala

tengah-tengah tengok Nora Elena, dengar bunyi azan cepat2 ambik remote tekan 106...
sempat snap, snap.....
gambar simpanan arkib

nak jugak gambar lebih dekat...
lebih jelas....

Amy Search tu yang azan kat channel OASIS.....
cayok lah...


dah dah, jom solat


nota hati : baru seimbang


Astro Oasis perkenal program siri pencarian terbaru, Ustazah Pilihan

Lepas ni ada program baru kat ASTRO....
ustazah Pilihan....

untuk info lanjut :  FB ASTRO 


Sesi temuduga seperti berikut dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang:

9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg. Petani, Kedah
15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu, Terengganu
23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru, Johor
30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi ujian dan temubual ini terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar 4R. Kelayakan minimum sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Siri pencarian USTAZAH PILIHAN ini bakal bersiaran di saluran rasmi; Astro OASIS (saluran 106) bermula 1 Oktober 2011. Butir-butir lanjut mengenai program-program akan diumum pada sidang media akan datang.

komen fb :

apa komen uols pulak?


Roti Gardenia Naik Seposen

Mownik semua....
nak bagitau, harga terkini roti gardenia70sen sebiji ...

stok wajib di dapur...


Dalam kita sibuk itu naik harga, ini naik harga... sana sini naik harga
boleh tak terperasan harga roti gardenia naik harga jugak...
harga roti naik bermula 6 jun 2011...dah 6 hari rupanya naik harga, boleh tak terperasan...
selalu beli belek tarikh je, semalam terpandang harga... 70sen sebiji...
peh..... naik seposen tu....


mula2 dulu 50sen, naik 60sen
 
dan harga terkini....
RM0.70

dan pengemar tegar roti gardenia coklat...
dia makan nasi berulam roti...








nota hati : dulu2 beli roti cream kat babu, pon pon cuma 25sen....

HAZAMA JUARA AKADEMI FANTASIA 9 - AF9

JUARA  AF9 : HAZAMA
NAIB JUARA  AF9 : LENA

TEMPAT KETIGA : FINA

TEMPAT KEEMPAT: AZRI

TAHNIAH KEPADA PEMENANG....


nota hati : tak tengok pun AF...


Friday, June 10, 2011

Main make-up, make-up with ibu hadif

Cerita balik kerja petang semalam....
aliya main make-up, make-up dengan ibu hadif a.k.a MRS.K
layan....


dah mcm opera cina.....
gomak habis.... dalam hati mama, habis la bedak mama....

ibu hadif : aya nak eye shadow kaler apa?

Aliya harus pilih pink.....
ibu hadif suka purple..
so mix kan pink + purple = cantik

 betulkan sikit....
comot lak maskara ni...

cantikkan???
masih tak puas hati, ibu hadif xletak milo...
 **baca eyeliner kaler browm

ha.... baru cantik.....


aliya sangat suka kalo ibu hadif datang...
tambah2 lagi kalo puan aiza mama **baca puan aiza  ada sekali....
ekekekkeke



nota hati : harus letak make-up tinggi2, kalo tidak, mau jahanam.... ^-^

ASB/ASN HARAM???


"Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan seumpamanya adalah tidak halal. Hal ini kerana ia masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputra (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional." - Jabatan Mufti Selangor.

Apa kata JAKIM

nota hati : jom kita pindah duit dalam tabung haji, tentu2 selamat. insyallah

PPIM ANCAM BOIKOT ASTRO

Patut pun tindakan PPIM tu...
Caj makin bertambah, tapi beratus kali dok ulang tayang cerita yang sama je....
servies lagi la, baru angin tiup2 sepoi bahasa, belum ujan lagi....
mula la keluar kat tibi : "service currently not available"


nak cerita baru best harus tambah channel,
maknanya kalo nak tengok cerita2 baru, harus la tambah duit....


kalo hari minggu tu, dari pagi sampai ke petang cerita dari negara seberang...
pakej episode lengkap untuk seminggu...
rasa macam aku langgan siaran berbayar negara mereka pulak...

macam semalam, aku bukak CSI, rasa nya dari bulan lepas cerita yang sama...
cartoon tu usah dicerita.....
sib asyraff tak kisah...

bosan-bosan aku  somi isteri layan channel 202
tgok hero tamil lagi best...
nak nak bab dia ikat kain paras peha.... kejar-kejar bawak parang....
layan......
gambar google 




berita lanjut PPIM ancam boikot astro : mStar




nota hati : sungguh tak puas hati....

Thursday, June 9, 2011

Step Buat Bunga Cistat


Awal pagi tadi dapat idea nak tukar deco2 pada cistat...

dan dan pagi tadi datang idea buat bunga kat cistat.....
ala buat bunga cistat ala-ala biskut mama carey gitu..
ni nak kongsi kat ulos cara-caranya...

bahab-bahan :
pewarna purple
cream cheese
pencungkil gigi...

Step : 
setitik je, takyah banyak2
cream cheese
 satukan kedua-dua bahan, kacau rata
dah rata... 
bila snap nmpk kaler biru....
3 buat garisan melintang....
mcm kat bawah ni..
 buat satu garisan menegak dari atas ke bawah.
siap...
cantikkan....

belajar kat google




nota hati : suka sangat2, walaupun nmpak kaku...