TETAMU VVIP

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana Meninggal Dunia


KUALA TERENGGANU, 30 Julai (Bernama) -- Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.


Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.


Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.


Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.


Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.


Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.


-- BERNAMA

al-Fatihah 

Asyraff ke Zoo Negara

Hari ni Asyaraff ikut rombongan sekolah gi Zoo Negara...

Mula2 abah tak bagi join...
macam2 alasan...
itu la ini la...
tapi mama berkeras suh bagi jugak...
sebenarnya mama pun risau juga nak lepaskan asyraff, 
sape tak sayang anak kan..
tapi kesian pulak sebab tiap2 hari asyraff sebut : esok nak gi Zoo naik bas....

mama bayar je duit rombongan....
akhirnya abah sign jugak surat kebenaran...

7:30am dah kena kumpul kat sekolah....

bye mama....
  
Adam, anak jiran sebelah pun ikut jugak....

semua suka, mak pak kat luar yang sedih....

dah penuh, boleh tutup....

 bye mama, jangan nangis tau...


nota hati : tak sabar nak tunggu asyraff balik

Friday, July 29, 2011

Resepi Cekodok Pisang

Nak share resepi buat cekodok pisang....
kering idea ma, cekodok pisang pun buleh jadik n3.... ^-^


Resepi Cekodok Pisang
Pisang yang telah masak...
harus la ada pisangkan, kalo xde pisang bukan cekodok pisang namanya....


Kemudian buang kulit bogelkan pisang tadi...

Lenyekkan pisang pakai bontot gelas....


Campurkan pisang yang telah dilenyekkan dengan tepung gandum...


Gaul rata pisang + tepung dengan sudu
*tambah tepung kalo adunan masih meletak / lembik

Panaskan minyak


siap!!!

nota hati : menu sahur dibulan puasa

Berat Beg

Penuh beg....
sampai senget² bahu cik Lynn dibuatnya...


Jom nengok isi dalam...
ada gula, ada tepung, ada mixer, ada mangkut...
macam² ada....


Beg berat kerana ari ni cik Lynn dan kawan² kunun² nya nak buat projek membaking ciskek...
(gerentik semerbak baunya)

ada kawan cik Lynn tu dapat hadiah oven semalam...
kununnya nak merasimkan oven baru la gitu....

Nak g kedai jap, nak cari cheese Cream...
x cukup satu bahan utama...
kalo xde, macam mana nak jadik ciskek...
^-^


nota hati : sangat semangat okeh, semalam balik kerja sudah paking siap beg di atas...

Thursday, July 28, 2011

Resepi Cheese Cake

Seperti yang dijanjikan....


Base : 
 1 paket biskut oreo (hancurkan)
2 sudu butter (yang telah dicairkan)

1. campurkan / gaulkan butter dan biskut (sampai boleh dikepal)
2. masukkan dalam loyang
3. tekan² sampai padat (gunakan bontot gelas)

Filling : 
500g cream cheese (philadelphia brand)
100g gula
100ml sour cream (pauls brand)
1 sudu tepung gandum
2 biji telur
sikit esen vanilla

***pukul 1 persatu²...
(mula dengan cheese cream diikiuti dgn bhn lain)


Tuangkan filling ke atas base tadi..
bakar pada suhu 240°C selama 25 minit..
biar sejuk, kemudian, simpan dalam peti sejuk selama 4 jam


SELAMAT MENCUBA ♥♥♥

CHeesee Cake datang Lagi

 Hari ni Cik Lynn bawak ciskek gi Opis..
banyak kali dah bawak gi opis,
 tapi kali ni cik Lynn bawak khas untuk kawan² yang belum pernah rasa...


sangat suka....
bila potong, cantik jea....
harus puji diri sendiri

Asik tayang jea, bila nak share resepi kan...
Nanti free² cik Lynn share cara baked ciskek ni ok...

nota hati : kebetulan malam tadi terlebih rajin

Mee Kari

Weekend lepas Sepupu cik Lynn sekeluarga datang umah....
Orang dah datang harus main masak²...
mula² bajet nak masak nasik + ayam masak lemak cili padi...
pastu berangan nak buat puding custard pulak...

last² jadik mee kari....
mcm mana tu???? hihihihi

Mee Kari xcukup bahan...

Blueberi oreo ciskek....
makan², borak², pastu mereka + cik Lynn gi beraya ke umah mak cik kat kuarters KLIA pulak...
puasa pun belum, ilang akal apa? ^-^

kat sana mak cik hidang pai ayam panas...
sangat sedap...
sampai lupa snap gambar...

habis makan, mereka balik Johor sambung raya , cik Lynn balik rumah...



nota : mereka cakap sendat perut, macam pegi open house... 

Wednesday, July 27, 2011

Semua Cerita Pasal Bola

Rekod muka belakang surat khabar semalam...
semua cerita pasal Skuad Harimau Malaya..
xde skuad lain

Utusan Malaysia

Berita Harian

 NST

Star

metro dan kosmo pun cerita yang sama

metro

Kosmo

Jangan Lupa tengok
Malaysia VS Singapore 28 Julai 2011



nota hati : harap² Skuad Harimau Malaya menang 28 Julai nanti.. tapi kalah menang adat perlawanan.....

Wordless Wednesday


Tuesday, July 26, 2011

Isteri Jimmy Shanley, tetap mahu cerai


PETALING JAYA: “Saya tidak akan kembali semula kepadanya walaupun dia sudah berubah, tetapi saya maafkan kesalahan dia,” kata Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25, isteri pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh, 31.


Wanita itu juga menegaskan tetap mahu menuntut cerai dan mendapatkan hak penjagaan anak berusia 32 hari walaupun sebelum ini Jimmy mendakwa akan menarik balik kes nusyuz terhadapnya.

Nursuhaila mengesahkan demikian pada sidang media yang diadakan semalam untuk menjawab segala kontroversi hubungannya dengan suami termasuk yang terbaru mengenai majlis cukur jambul bayi mereka.




Ini kali pertama Nursuhaila mengadakan sidang media yang dihadiri bapanya, ahli perniagaan, Datuk Suhaimy Othman. Bagaimanapun, Suhaimy tidak memberi kenyataan kepada media.

Nursuhaila berkata, dia mengadakan sidang media selepas begitu lama bersabar dengan pelbagai kenyataan Jimmy mengenai rumah tangga mereka. Bagaimanapun, kesabaran itu hilang apabila pelakon itu menghebahkan dalam media kononnya majlis cukur jambul anak mereka dibatalkan.


“Jimmy memberitahu media majlis itu yang kononnya diadakan pada Sabtu lalu dibatalkan, tetapi sebenarnya majlis itu akan berlangsung esok (hari ini) dan itu bukan majlis Jimmy, sebaliknya abah yang rancangkan semua dan ini majlis tahunan termasuk untuk cukur jambul anak abang saya,” katanya.





Dia berkata, Jimmy tidak berhak membuat kenyataan mengenai majlis berkenaan kerana itu bukan majlis dia.

Nursuhaila berkata, bapanya sentiasa mengadakan majlis tahunan untuk rakan dan media setiap kali Ramadan dan Aidilfitri sejak lima tahun lalu.





Pengakuan Jimmy : “Memang saya ada menamparnya ketika di Koh Samui, tetapi selepas itu saya tidak melakukan lagi kerana dia sudah melarikan diri. Saya berjanji untuk menjaganya selepas kahwin dan dia juga berjanji kepada saya untuk berubah,” katanya.

Bunga Api

Pom! Pom! bunyi bunga api....
wah sangat cantik....
berwarna-warni gitu....


Melopong mulut masing² menengoknya....
yang ada kamera canggih masing² siap snap, snap...
yang xde kamera, snap, snap jugak pakai hand phone pun jadik la... macam me
xmo lepaskan peluang...


Mak pak punya la jakun nengok bunga api....
anak² buleh takut....
peh... buat malu omak ko sajok....

Nak nengok jugak, tapi menyorok belakang montot omaknya...

 Pegang baju abah kuat².....

muahahha....

cerita basi..
orang lain dah habis tayang...siap bersiri² lagi...
Cik Lynn baru nak tayang...
cikMot, Mrs.K, u know me kan....
ekekkekeke

 nota hati : aku ada. ko ada???

Monday, July 25, 2011

Tahniah Jue dapat Twins

Tahniah ye Jue dapat twins...
Sepasang
Kiri, abang.. kanan, adik...
ni anak ke 2 dan ke 3 Jue...
anak pertama di SINI

nota hati : bestnya....

Shopping Time

 Hari ini nak pegi Jalan TAR...
syurga membeli belah...

Antara tempat² yang wajib diterjah...
SOGO

Jalan Bonus..


Masjid India

dan banyak lagi...

tapi cik Lynn xboleh nak boros2..
lain la orag tu..


nota : auto publish

Friday, July 22, 2011

Jualan Penghabisan Stok


Black Shoes
RM 30.00
Brand : Little Feet (Singapore)
size 14.5 cm


RM20.00
~ Size ~
SIZE 100 (2 1/2 months)

SIZE 110 (3 years) 


RM20.00
2pcs Set
Romper + Pants2pcs set :
1. Romper
2. Pants
Size  : 12 months

RM20.00
Pants
Size  : 7 Years (25 inch)


email me : azlynn@dca.gov.my 


nota : semua harga termasuk wang Pos

Thursday, July 21, 2011

Sedapnya durian

kena la jugak buat n3...
cerita lanjut len nengok blog kawan² cik Lynn, Cikmok. mrs.K, hyazz


nota hati : durian yang paling sedap cik Lynn penah rasa... sebelum ni xpernah rasa durian sesedap ini....

Takut Berteman

Hari ni Cik Lynn gi keja car pool ngan mrs.k...
Satu jalan la katakan... 


Janji dengan mrs.k kat seberang jalan...
Selalunya tunggu kat bus stop sorang²..
tapi ari ni dalam sejarah, cik lynn berteman..

jom nengok teman cik Lynn pagi ni....
nampak tak ???


teman cik Lynn seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam....
tapak kaki dia pun hitam....


Seram wei...
dalam hati, kata, jangan la ko bangun....
cepat la mrs.k sampai...
betul² takut...
takut² pun sempat snap gambar... ekkekeke




tgok sedapnya durian di SINI

Jom Kibar Jalur Gemilang

 ~Sticky Mode~


Jom ramai² kita kibar Jalur Gemilang...

Tema hari Kemerdekaan yang ke - 54 bagi tahun 2011 ialah 
1 Malaysia : Transfomasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.


nota : tahun ni sambutan hari Kemerdekaan pada 16 September 2011

Cengkerik goreng selera anak Jolie, Pitt

GAMBAR fail Jolie dan anaknya Maddox.


Sedapnya...
 nyum nyum....
Pasangan turut amal diet eksotik 

LOS ANGELES: Keluarga pasangan Angelina Jolie dan Brat Pitt mungkin yang paling eksotik di Hollywood, begitu juga cara pemakanan mereka.

Pasangan selebriti itu pernah membawa keenam-enam anaknya bercuti di kebanyakan negara di Asia dan tidak ketinggalan menjamah makanan tradisional setiap negara yang dikunjungi.
Ketika berada di Kemboja, Jolie memperkenalkan makanan ringan yang berasal dari negara kelahiran anak angkatnya, Maddox, 9. Tanpa disangkanya, makanan ringan iaitu cengkerik goreng itu menjadi kegemaran anaknya yang lain. 

“Anak lelaki saya, Maddox dan Pat, 7, sangat gemar makan cengkerik goreng. Saya kagum melihat mereka makan makanan eksotik itu seperti mengunyah kerepek kentang Doritos,” kata Jolie yang juga ibu enam anak dalam rakaman video Louis Vuitton ketika membuat rakaman iklan terbaru jenama terkenal terbabit di Kemboja, baru-baru ini. 

Bintang popular berusia 34 tahun itu berkata walaupun beliau menggalakkan anaknya mencuba makanan tempatan negara berkenaan, tetapi beliau terpaksa menghalang mereka daripada terus ketagih untuk menikmati makanan ringan itu. 

“Mereka tidak henti-henti mengunyahnya dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa pulang. Saya terpaksa melarang mereka makan makanan ringan itu kerana bimbang mereka jatuh sakit kerana memakannya terlalu banyak. Tetapi mereka kelihatan baik-baik saja dan tidak mengalami sebarang kesan sampingan akibat memakan serangga berkenaan,” katanya. 
Walaupun cengkerik menjadi makanan kegemaran dalam menu keluarga Jolie dan Pit, pasangan pelakon popular itu berkata mereka sekeluarga masih belum berani untuk mencuba hidangan eksotik lain di Kemboja seperti labah-labah goreng atau sup serangga. 

“Ia makanan pelik. Saya tidak tahu jika saya boleh menjamah serangga itu, tetapi saya percaya kita perlu mencuba makanan itu terlebih dulu sebelum mengetahui sama ada kita akan menyukainya,” kata Jolie. 

Cengkerik bukanlah perkara baru dalam diet pasangan Jolie-Pitt. Menurut buku What the Great Ate: A Curious History of Food and Fame, lipas antara makanan kegemaran pasangan terkenal Hollywood itu. – Agensi 



Sumber : Berita Harian


nota hati : peh... geli wei