TETAMU VVIP

Thursday, August 25, 2011

Hasil Borong

Bahu berat sebelah hari ni....
sampai senget jadiknya...
hari ni cik Lynn pikul plastik berat ke opis...

Jom intai apa isi dalam....
nampak tak?

Ya...
 inner ayunar di dalam plastik berat itu
Stok panas...
baru ambik malam semalam...
60 helai semua nya....

seperti yang lepas, inner ini bukan untuk dijual, tapi untuk ditengok sahaja..
kesemuanya sudah berpunya...
sampaikan xde sehelai pun untuk cik Lynn...

sendiri punya sudah banyak,  lalallalala
kata encik suami " cukup² la tu.... agagaga


Tempah jumaat malam, rabu malam baru siap...
Q panjang...
nasib siap...


ayunar dan famili bekerjasama menyiapkannya....
cayok lah dik...


Ketupat dan Pelita, Siap

Semangat nak raya..
malam semalam kul 3 pagi baru tidur...
nasib pagi tadi boleh sahur...

Lambat tido bukan sebab buat kuih raya, 
tapi buat ketupat, pasang pelita...

Balik keja semalam, singgah ke giant nilai beli bahan² untuk buat ketupat....

sampai umah, siap² terus duduk menganyam ketupat alone
xpernah² tau menganyam ketup sesorang,
 tup tup petang semalam buat, terus jadik...

hasilnya setelah direbus...
terbaek....

Lampu² pelita pun dah siap pasang...
senang nak main bunga api....
my adik sudah rasmikan pelita....

eh over sudah....
bukan ketupat dah pelita  ini la yang cik Lynn buat semalam,

kalo cik Lynn buat ketupat di atas, gerenti lobang sana sini...
buat malu sajok... huhuhu

ketupat yang cik Lynn anyam semalam adalah seperti di bawah..
ketupat kertas...

dan pelita....
pelita kertas jugak....
Thank's pak ngah, tulun lukis....

projek sekolah anak²...
kad raya buat sendiri...

"teacher cakap kena buat, tak boleh beli..."

jadik harus la mama, membuatnya...

 Asyraff punya, Kad raya Pelita..
muka depan

isi dalam...

Kad raya ketupat, Aliya punya



simple dan sempoi...
gunting, tampal....
siap...


Tuesday, August 23, 2011

Hari ini...

xde modal....

Xde idea

teringat² kampung halaman....




tanda² mood raya sudah mari.....

Monday, August 22, 2011

Letih...

Ciri² orang yang berpuasa..
Letih la sangat...
sian...

kecik² lagi dah kena belajar puasa...
semua ni gara² mama malas nak masak di siang hari...
jadik, anak² harus berpuasa setiap sabtu dah ahad...

hari sekolah takde masalah, anak² buleh makan di sekolah..
hari cuti, kita sama² puasa ye anak²...

takde maknanya Aliya nak puasa...
kata Aliya : Aliya tak boleh puasa sebab nanti susu Aliya tak habis...

Gambar Aliya baru bangun tidur..
seme-seme katanya....


Biskut Raya


Siap sudah biskut raya...
Satu jenis je, cukup la tu kan...

Rekod tahun ni tak beli kuih raya..
kuatkan nafsu agar tak tergoda untuk beli..
awal² dah pasang azam untuk buat kuih raya sendiri....
jadik, katakan TIDAK untuk BELI...

Sabtu lepas bangun untuk sahur tengok jam sudah 6.30am...
nak sahur amendenya...
terlajak sudah....

lepas bangun siap semua, terus uli tepung..
cookies time...

siap 120 biji pastri untuk cistat....
huhuhu....

bukan buat kuih untuk raya, tapi buat cistat...
ada orang tempah...

masih xde lagi mood nak buat kuih raya...
mood dimanakah????



korang dah siap kuih raya???

Thursday, August 18, 2011

Sepupu Baru


Tahniah buat mak cik ku Azura Alwee (mak Yo)
 selamat melahirkan seorang lagi sepupu untuk kami, geng 131 Kg. Rambah, Pontian...

baby girl
17 Ramadhan 1432H...





nota : kena tambah lagi 1 sampul duit raya... hihihihi

Lemau

Hari ni xsahur...
sedar² sudah 6.45am....


Wednesday, August 17, 2011

Tuesday, August 16, 2011

...


menu petang ni ayam masak lemak cili padi...
semua dah ada...
santan je xde...
singgah kedai, M.A.L.A.S

Selamat Hari Lahir Abah

 15 Ogos 2011, semalam hokey....
Pagi² dah ingat nak telepon wish happy besday kat Abah...

sampai opis terus lupa...
Pagi ni terus ingat terus tekan phone..
cari² nombor abah, xde....
aduss....
mesti anak² terdelete.. huhuhu

untuk abah,
Selamat Hari Lahir Abah...
Semoga abah sentiasa dirahmati dan diberkati Allah..
Terima Kasih atas segala²nya


 Selamat Hari Lahir ke-61
 Lynn, an, adik sayang abah....


nota hati : terkenang kenangan silam...

JAKIM sahkan mentega Golden Churn haram

MENTEGA Golden Churn mengandungi DNA babi.


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk mentega jenama Pure Creamy Butter Golden Churn Butter keluaran Syarikat Ballantyne Food PTY Ltd dari New Zealand yang dipasarkan di negara ini adalah tidak halal. 

Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, dalam satu kenyataan di sini semalam, berkata perkara itu diputuskan dalam perbincangan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Kimia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) pada 8 Ogos lalu.
“Laporan analisis yang diterima JAIS 19 Julai lalu menunjukkan asid deoksiribonukleik (DNA) babi disahkan Jabatan Kimia dikesan dalam mentega berkenaan dan semua produk itu berpunca dari kilang yang sama walaupun diimport pihak berbeza serta diedar di pasaran yang berbeza. Ini disahkan wakil syarikat itu sendiri.


“Sehubungan itu, umat Islam diminta tidak menggunakan produk ini. Keputusan ini sudah dimaklum kepada syarikat berkenaan pada 9 Ogos lalu dan Ballantyne Food Food PTY Ltd bersetuju menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” katanya. 

Beliau juga menasihatkan pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM atau jabatan agama Islam negeri yang sudah menggunakan produk terbabit mengambil empat tindakan iaitu: 

  • Menukar bahan ramuan terbabit kepada bahan ramuan lain yang mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf; 

  • Mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru; 
  • Melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri; 

  • Mengemukakan bukti surat akuan samak daripada jabatan agama Islam negeri.

Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan isu halal itu, Othman meminta pihak berkenaan merujuk kepada laman sesawang JAKIM di www.islam.gov.my atau www.halal.gov.my dan jangan merujuk kepada sumber tidak rasmi seperti laman sesawang sosial. 

Beliau berkata, untuk sebarang maklumat atau pertanyaan boleh terus diajukan dengan menghubungi Bahagian Hab Halal Jakim di talian 03-83150200. 

Sumber : Berita Harian

Friday, August 12, 2011

Ayam Goreng Berlada

Ayam goreng berlada ni favorite encik suami...
kalo lunch lauk ni, dinner lauk ni, esok lusa, lauk yang sama tetap tak kisah....
janji masak baru..

Ayam goreng berlada juga menjadi menu wajib kalo sedara mara datang umah..
almaklum la, cik tak reti masak gulai gemalai

kalo ada orang datang umah, terus terbayang ayam goreng berlada...senang
ada gak yang request, 
"kami nak makan kat umah Lynn, masak ayam goreng berlada k.."



selalu gak mak cik and sepupu² call minta resepi..
kali ni nak share dgn ulos pulak...


resepinya.... salin cepat


Bahan-bahan :
  • Ayam
  • serbuk kunyit 
  • garam
  • Cili padi
  • bawang merah
  • bawang putih
  • asam keping
  • air
  • minyak
  • kuali
  • sudip
Cara²
Ayam + serbuk kunyit + garam = gaul
goreng sampai masak...
angkat dan ketepikan...

blander cili padi + bawang merah + bawang putih
tumiskan bahan² yang telah diblander tadi dengan menggunakan minyak ayam goreng tadi
tumis sampai pecah minyak.
masukkan ayam + asam keping + garam....
gaul sampai rata
 siap untuk dihidang

nota :
  •  cili ikut tahap kepedasan anda....
  •  bawang lagi banyak lagi sedap.. 
bisa saya guna 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih
ikut kerajinan mengopek bawang




nota kuali : selamat mencuba

Sambal Belacan

Sepanjang bulan puasa, buleh dikatakan hari² dapur merah berasap...
kalo xberasap pun bukan sebab² malas, 
tapi sebab² encik suami rindu masakkan bapak angkat dia mamaks
antara sebab² lain, balik umah my mom...


Last week jiran sebelah request, kalo buat sambal belacan, dia nak sikit...
almaklum la sambal belacan cik Lynn sedap.. ^_^



ni bukan masuk bakul angkat sendiri k..
ni betul², sambal cik Lynn memang terbaik...
perasan sudah.. agaggaga



Lagi pun kakak sebelah tengah pegnent...tahniah kak siti...
tengah xde selera makan...
jadik dia request suh buatkan sambal belacan...

gambar lama

cik Lynn bagi sambal belacan + ulam + daging goreng kunyit....
tak lama pastu kak siti call...
"Sedapnya Lynn..."


Kan betul cik Lynn habak sambal belacan cik Lynn sedap...
hihihihi....


kami selalu tukar² mangkuk...
tukar² anak pun selalu juga...
hahhahaha....



nota hati : jiran muafakat membawa berkat

Permohonan Kemasukan ke Program Pengajian Politeknik Sesi Disember 2011


Permohonan ke Sesi Disember 2011 boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian (ON-LINE) sahaja dengan melayari laman web www.politeknik.edu.my mulai 8 Ogos 2011.

Untuk mengakses e-Borang, pemohon mesti mengisi nombor kad pengenalan dan nombor PIN.

Pemohon diminta membeli nombor PIN di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran seperi berikut:

Kategori PemohonHarga No. PINCatatan
Lulusan SPM
RM 10.60
No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 16XXXX
Lulusan Sijil/Diploma Politeknik, lulusan Sijil Kolej Komuniti, lulusan Kolej Matrikulasi KPM
RM 6.00
No. PIN 6 digit bermula dengan nombor 41XXXX


Pemohon perlu mengemukakan MyKad semasa membeli nombor PIN di BSN bagi mengelakkan berlakunya kesilapan nombor kad pengenalan. Kesilapan tersebut akan menyebabkan pemohon tidak boleh mengakses e-Borang.

Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan MyKad pemohon mesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN.

Sila pastikan slip pembayaran BSN dicetak dengan nombor kad pengenalan pemohon yang betul serta terdapat enam (6) digit nombor PIN setelah pembayaran dibuat.

Calon yang tidak berjaya atau calon yang berjaya tetapi tidak mendaftar bagi sesi sebelum ini, perlu memohon semula jika masih berminat untuk melanjutkan pengajian di Politeknik KPT.

Permohonan akan ditutup pada hari Isnin, 12 September 2011.

Keputusan permohonan boleh diketahui pada Rabu, 26 Oktober 2011.

Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011

Makluman : Permohonan Kemasukan ke UiTM Sesi 2 2011 telah dilanjutkan sehingga 14 ogos 2011
Attention: open in a new window.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web di bawah:


MAKLUMAN : PERMOHONAN KEMASUKAN KE UITM BAGI MOD PENGAJIAN SEPENUH MASA
TELAH DILANJUTKAN SEHINGGA 14 OGOS 2011



Roti Nan

Peh....
gara² nengok n3 mrs.k cerita pasal roti nan...
cik lynn terus meleleh air liur....
nak jugak........

harus makan bersama ayam tanduri....
diperah bersama limau...
sangat sedap....


bye, ada kerja

Thursday, August 11, 2011

Ngantuknya...

ngantuk giler....

korang perasan tak menguap ni satu penyakit berjangkit...
kalo orang kat depan kita menguap, 
mesti secara automatiknya kita pun akan ikut menguap..


ingat time sekolah dulu,
kalo menguap, cikgu mesti baling kapur....
^_^

kalo baby menguap, nampak cute je kan...

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahukan kepada kita bahawa ia adalah dari Syaitan. Maka, apabila kita menguap atau terasa hendak menguap, maka hendaklah kita menahannya atau jika tidak mampu menahannya, hendaklah kita menutupnya (menutup mulut ketika menguap). Bukan sahaja sekadar menutup dan menahan diri dari menguap (dengan sedaya upaya), tetapi hendaklah juga kita mengelak dari mengeluarkan bunyi ketika menguap. Kerana apabila seseorang itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129) 

Juga dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),

“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)



nota hati : dari tadik dok menguap jea....

Wednesday, August 10, 2011

Lauk Semalam

Lama sudah tak tayang lauk berbuka kan....
padahal buleh dikatakan hari² dapur merah berasap...

Daripada asap² terhasil  lah nasi tomato, ayam masak lemak cili padi, 
daging goreng, ayam masak black peper...
macam² lah....


biasa masak ikut request encik suami..
isteri mithali la katakan... amin

Semalam tengok gambar fb kawan² yang sedang berpantang..
terus terliur...
lauk orang berpatang memang terbaik....


siap masak lauk untuk famili..
terus masak untuk diri sendiri pulak...


ikan masak singgang....

kalo tengah berpantang, jangan harap nak makan pedas²..
kalo nak pedas jugak, makan la halia, lada hitam banyak² gerenti pedas...
nyum nyum... sangat suka...


tapi ni bukan dalam pantang, belasan letak cili padi sebanyak² nya...
sedap bangat..
hirup kuah paling nikmat....






nota hati : bertambah² 

Jual, Jual Inner Ayunar

Mari rapat, mari dekat...
Mari, Mari, Mari, Mari...
cik adik, cik kakak...
inner ayunar pelbagai warna ada di sini.....




panas lagi ni.....
baru ambik stok malam semalam.....




mari, mari tengok...
ajak kawan² semua datang mai tengok....
100% ori from ayunar....




ops..
terlebih sudah....
stok ni semua bukan untuk dibeli, hanya untuk dilihat.....
semua ni sedara-mara cik Lynn kat Pontian sebelah abah yang punya...


ya ampun along, eka, mak na... 
ini semua untuk uols...
kita saje je nak test market....
agaggaa....




masing² baru berkenalan ngan inner ayunar time datang umah ari tu...
habis inner cik Lynn kena rembat...


last week masing² mesej minta tolong order..


gigih sabtu lepas pegi kedai ayunar untuk menempah inner untuk mereka²...
semalam baru g ambik...
hambik borong 27 helai semua sekali jalan..






nota hati : x lupa utk diri sendiri....