TETAMU VVIP

Monday, October 31, 2011

Adik Baru

Aliya dah dapat adik baru...
memang patut la kan dapat adik baru memandangkan Aliya dah nak masuk 4 tahun bulan 12 ni, 
Asqara pulak dah 8 bulan...
dah nak lunyai pun Asqara dibuatnya...
harus la ALiya mintak abah adik baru kan...

Adik baru ni abah beli kat tesco Nilai je...
sekarang Aliya dah ada 2 orang adik untuk dijaga....
Nama adik baru ni Asqara jugak..
Nak buat macam mana, xmo letak nama lain... 
Asqara juga la namanya...
Lihat Asqara lama dah buleh pakai baju Aliya masa baby...
Siap bertahi lalat lagi....



Sila Cek Nama Korang !


phewww.... penat copy satu-satu...


Saturday, October 29, 2011

Facial Time

Hari ni nak g manjakan diri...
nak pergi buat facial..
Harus pergi pagi2....
bye...


nota hati : jerawat tengah seronok.... argghhh

Friday, October 28, 2011

2INTIM8 CONTEST

Hari ni aku rajin pulak nak join contest anjuran NANA...
Jom ramai2 kita Like tiga2 gambar dibawah ni dalam FB SAFI



untuk keterangan lanjut, sila tengok di SINI


Sakit Tulang Pinggul

argh... Sakit sangat

gara2 membuat aksi bergini

korang buleh buat ker?
aku pun dah tentu2 la xboleh buat jugak....
hihihihi....

Sakit pinggang gara2 duduk lama sangat...
bangun2 je terus bunyi "kruppp"
ahhhh.....
tanda2 kurang minum susu.....



Hasil deco

N3 lepaskan aku cerita pasal encik suami yang tengah rajin mendeco halaman kami yang tak berapa nak luas tu kan..
hari ni baru aku berkesempatan nak tayang hasil deco2 encik suami...
tara...
siap dah susun dengan pasu...
dah siap pun xperlu kata apa....
kalo merajuk susah pulak agaga...


antara pokok yang ada ialah pokok lidah mak metua (kata mak cikku) pokok ulam raja (sesat),  pokok bunga raya dan pokok bunga mawar yang tinggi + kurus seperti tukang tanam....
tetiba cik Lynn perasan kurus... 
puas dah letak baja, sampai habis baja xmo juga gemuk..huhuhu
kebetulan dah tayang gambar ni, 
nak tunjuk la pokok bunga raya yang dirembat di rumah seorang teman raya tahun lepas...
kata duduk taman bunga raya, harus la tanam pokok bunga raya kan...


motip sebenarnya orang kata bunga raya senang tumbuh..
cucuk je pasti tumbuh...
tu yang tanam tu....
tapi pokok ni setahun dah tanam, baru ni nak kuar bunga....
bunganya besar gemuk, tapi pokoknya kurus...
baru nak kembang, mesti terlentok....
berat...


ni pulak pokok tujuh jarum...
tanam atas tanah, xcukup pasu sebenarnya....
celah tu pulak pokok kekembong

berangan nak tanam pokok bunga mawar kampung,
tapi tak berkesempatan lagi nak terjah sungai buluh...
berangan je la gamaknya...



nota hat : berangan itu kan indah ^-^

Thursday, October 27, 2011

Kaki Ayam

dah lama tak bawak keta pergi kerja..
gara2 tersedap pergi kerja berhantar, balik kerja berjemput....
tup tup semalam encik suami suruh bawah keta g kerja...
terdetik dalam ati, M.A.L.A.S...

tapi harus la ikut cakap suami kan.. 
kena juga la bawa keta hari ini..

tengah² drive rasa semacam je dengan kereta ni..
rasa macam xpuas bawak pun ada....

dah nak sampai opis baru perasan..
oOooOooO steering baru, 2nd je pung......

selama ni pakai standard, besar gedabak...
patut la rasa semacam, kurus plus ringan.....
xbest for me...
kalo encik suami tau aku kata xbest, 
mesti dia kata "Lynn mana tau"...
hohohoho...

story sebenar di bawah...
perasan tak?
bukan keychain...
juga bukan nama steering...

aku bawak keta pakai kaki ayam...
kesian ayam kakinya dipinjam...
ekekekekeke


nota kaki : sangat selesa

Monday, October 24, 2011

Temu lawak

Pokok yang paling besar yang aku tanam...
Kalau rajin siram, kalau tak rajin,
berminggu² la pokok ni tak minum air, harapkan hujan saja la...
tu pun kalo hujan... huhuhu....

Temu lawak termasuk tumbuhan yang sudah lama dijadikan bahan untuk membuat ramuan obat. Di pedesaan, masyarakat biasa menjadikan tanaman asli Indonesia ini sebagai minuman penambah nafsu makan anak-anak.
Kandungan Zat Temulawak
Daging buah temu lawak berwarna kekuningan dan berbau tajam. Di dalamnya terkandung protein, pati, zat warna kuning kurkuminoid dan minyak atsiri. Komposisi protein pati sebesar 29-30 %, kurkumin 1-2 %, dan minyak atsiri 6-10 %. Di dalam minyak atsiri terkandung zat kimia antara lain feladren, kamfer, turmerol, tolilmetilkarbinol, arkurkurmen, zingiberenkuzerenon, germakron, beta-tumeron, dan xanthorizol (kandungan tertinggi 40 %).
Khasiat Lain Temulawak
Selain untuk menambah nafsu makan anak, temu lawak juga bermanfaat untuk pengobatan penyakit hati dan untuk menurunkan kolesterol dalam darah dan sel hati. Semua khasiat itu disebabkan adanya kandungan kurkumin, zat yang berguna untuk menjaga dan menyehatkan hati (lever).
Temulawak di Nusantara
Masyarakat Aceh biasa menggunakan temu lawak sebagai obat untuk menambah darah dan mengatasi malaria. Orang Sakai di Bengkalis, Riau, menggunakan temu lawak untuk menambah nafsu makan, sedangkan masyarakat Sunda menggunakannya untuk mengobati perut kembung dan sakit kuning. Temu lawak juga dipercaya berkhasiat untuk mengobati diare, lambung perih, perut kembung, dan obat keputihan.
Para penjual jamu gendong sering menjadikan temu lawak sebagai salah satu minuman jamu yang dijualnya. Mereka percaya, minuman temu lawak bisa untuk meningkatkan daya tahan tubuh.
Di Jawa Tengah, selain dipercaya berkhasiat menambah nafsu makan, temu lawak juga memiliki manfaat untuk memperlambat proses penuaan, menghilangkan flek hitam di wajah serta menjaga kelenturan tubuh.
Perempuan yang baru melahirkan juga disarankan meminum ramuan temu lawak. Kandungan minyak atsirinya memiliki khasiat membersihkan perut dan memperlancar ASI.
info : SINI



nota : sape nak???

Friday, October 21, 2011

Oktober Bulan PINK


Uols tahu atau perasan tak yang bulan Oktober ialah " Bulan Kesedaran Kanser Payudara".
dah 21 0kt pun arini...
 Kepada teman-teman jom kita berserba serbi pink.. mesti cute kan!
 Dan yang paling penting kita mesti sedar bahawa kanser payudara adalah antara pembunuh utama wanita di Malaysia. 
Dan u guys plakkkk...korang ingat korang selamat? No...no...no... korang refer di SINI
Jangan terkejut yer.. 
Or at least bila kita semua aware, maka kita akan lebih prihatin dengan orang2 sekeliling kita. Our mums, our in-laws, our sisters, siblings dan sesiapa sahaja yang kita kenal. 
Dan kita juga mungkin berisiko kan?

Banyak info-info yang berguna boleh juga didapati di SINI




nota hati : baru tahu.... takpe, masih ada 10 hari lagi untuk PINK...

kreadi to Miss Orchid

Gaddafi akhirnya mati ditembak


SIRTE – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.
Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.
“Dia (Gaddafi) juga ditembak di kepala,” kata seorang pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan,(NTC) Abdel Majid Mlegta kepada agensi berita Reuters.
Berita Lanjut  Di KOSMO!