TETAMU VVIP

Tuesday, January 31, 2012

Beratur la cik kak oi!

suka suki dia je potong barisan..
orang lain nak cepat jugak, ko leh selumber badak je nak potong Q...


ni yang aku malas nak naik keta gi kerja ni...
ni yang tetiba rasa nak pindah umah dekat sebelah opis ni...



Monday, January 30, 2012

Buah Ngaku

 Semalam gi tesco, nampak berlambak2 buah ngaku...
tapi harga buleh tahan mahal walaupun dah lepas CNY..
sekilo dalam RM4+..

tetiba teringat dalam aisbok ada 1kg buah ngaku yang masih belum terusik..
beli sehari sebelum balik kampung...
dah tau nak balik kampung, gi gatai beli buat apa???

time ni gatai beli sebab nengok sekilo cuma 99sen...
ambik ngam2 sekilo...


semangat nak buat kerepek ngaku, siap beli penyagat...
dengan pengopek kentang pun terbeli lagi..
padahal kat umah punya masih elok je, cuma besar...
ni la akibat kalo duit terlebih, semua benda kalo buleh nak dibeli...
mana nak kayo kalo macam gini...
huhuhu...


xpe², hari rabu ni coti hari wilayah boleh buat..
harap² angan² jadi kenyataan... hihihi



Goreng pun Sedap..

nyum, nyum
rezeki tekak time balik kampung...
nyamah je kata my abah...

Udang ketak @ udang lipam....
omputih panggil crayfish

hasil laut


Gaji Februari penjawat awam berdasar SSM

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Februari akan dibayar berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), setelah kerajaan memutuskan pembayaran gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) hanya akan dibuat selepas semakan semulanya dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pembayaran baki perbezaan gaji bulan Januari bagi penjawat awam yang memilih opsyen SBPA pada 31 Januari ini juga tidak dapat dilaksanakan seperti yang diumumkan sebelum ini pada 9 Januari.

"Pembayaran pelarasan gaji berdasarkan SBPA hanya akan dibuat setelah semakan semula SBPA dimuktamadkan dengan mengambil kira tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari 2012,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu juga berdasarkan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Pada Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jawatankuasa khas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam diberikan tempoh tiga bulan bagi membuat kajian dan penambahbaikan pelaksanaan SBPA. 

— BERNAMA



Awan Nano Juara AJL 26

Keputusan Penuh AJL26

Juara Lagu
Awan Nano (Hafiz)
Naib Juara Lagu
Beribu Sesalan (Jaclyn Victor, Ning Baizura dam Shila Hamzah)
Tempat Ketiga
Karma (Faizal Tahir)
Persembahan Terbaik
Kisah Hati (Alyah)
Vokal Terbaik
Awan Nano (Hafiz)



#nasib anak2 cepat tido, sempat nengok keputusan penuh.. huhuhu

Thursday, January 26, 2012

Budak baik



kasik jampi sikit...
Puh kanan, puh kiri
Budah baik memang bergini...





eh betul ker bunyi pantun ni????



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sambung Cuti...

2 minggu dapat cuti bergaji penuh...
semalam kembali bangun pagi seperti biasa..
terkocoh² siap² untuk ke opis dengan rasa sangat malas mandi pagi ops... 

hari ni aku sambung lagi coti bergaji penuh...
tapi tolak cuti tahunan yang masih banyak..
almaklumla awal tahun...
campur cuti tahun lepas yang masih berbaki..
boleh la joli sakan....

Tengah tunggu encik suami bermake-up keta...
jap lagi mau berangkat ke kampung halaman di Pontiam, Johor..
doakan kami selamat...
bye semua...


Wednesday, January 25, 2012

fuyooo

peh atas meja ada printer baru...
siap ngan plastik lagi..

meja aku dah tentu berserabut..
bertambah lagi dengan print comel ni..
mana pulak aku nak susun supaya xbertambah serabut...
mrs.K, tulun....



motip : saje nak semakkan n3...



testing 123

Cuba try


Published with Blogger-droid v2.0.4

Betulkah???

setakat ni semua gambar di atas disahkan HALAL oleh pihakl JAKIM...
kalo betul maka dah berapa banyak DNA VAVI dalam perut kita ni wey??


ahad malam, jalan2 kat Alamanda, 
kebetulan lalu depan restoran kat situ nengok kebanyak kedai kat situ dah takde tanda HALAL.. dah cabut kot..


Kembali Bertugas...


Saturday, January 21, 2012

BoboiBoy

Hari minggu harus kejut anak² bangun pagi²dan paksa diaorang mandi....

Kejut anak² bangun pagi bukan sebab dengki tengok anak sedap tido, 
tapi sebelum mereka berdua terpukau dek tv, baik aku paksa mereka cepat ...
tak la sakit tekak aku ni kang panggil terjerit² suh mandi....


lagi pun orang kata kalo bangun pagi² ni kan rezeki senang masuk...
betulkan...


Tugas aku, kemas rumah, jemur baju dan yang paling wajib, buat sarapan....
paling malas pun, jemput² kosong plus teh tarik mesti siap terhidang atas meja...

kalo takde sarapan, mahu telinga aku berdesing dengar Lagu "Dondang Sayang" dendangan suami tercinta...
ahaks

Siap semua, aku dan anak² sama² terpacak depan tv..
channel pilihan dah tentula - 615, jam 9am...
cerita BoboiBoy....

peh.. bukan anak je tengok, mak pun sama tengok...
sebab tu la pagi² kena siapkan segala tugas...




tapi pagi ni idak la aku buat sarapan...
habis boboiBoy sat lagi nak gi perkena roti canai sedap kat pekan Salak sana..
sedap giler roti canai dia wa kata sama lu...
"Pak cik Kassim Alwi, kami datang, roti kosong sepoloh...."








terbaek!!!



Friday, January 20, 2012

Basikal Baru

Jalan2 hujung minggu ke Sungai Buluh untuk memenuhi hajat si anak...
Aliya bangun pagi hari ahad yang lepas, lepas..
iaitu 2 minggu lepas bersamaan 8 Januari 2012...
ceh.. siap ngan tarikh. sungguh poyo kan..


Aliya pagi2 lagi dah siap2, lawa2, wangi2...
bila tanya nak gi mana,
Aliya : abah *tanya (read cakap) nak beli basikal untuk Aliya...


peliks sekejap, bila masa pulak abahnya berjanj tanpa pengetahuan aku..
biar betui budak ni...


betul la abah bawak gi beli basikal...

mula2 nak beli kat kedai basikal Asyraf, tapi xde stok pulak...
tu yang jauh sampai ke Sungai Buluh tu...
(sib dekat ngan umah mak aku, harus singgah)
murah pun murah...
jimat..



pilih2, banyak pilihan....


mama berkenan yang ini....
pinky gitu..


abah berkenan kaler merah,
tapi nak beli basikal anak, bukannya nak beli basikal abah atau mama...
jadi biar aliya pilih sendiri  
mak pak duduk diam2   ~_^


yihaa...
dapat juga basikal besar (20 inci)


kenalah tambah roda tambah duit...
dah tu, basikal lebih besau  dari tuan...

ngade2 ok budak ini....



kata abah, hadiah semperna besday Aliya yang ke-4



Nasi Goreng siap...


Balik solat jumaat tadi encik suami kata :
 "dah lama abang tak makan masakkan air tangan isteri...."

aku mula la rasa serba salah..
jam dah kul 2.30..
jap lagi aku ada janji ngan tv alhijrah..
*princess atsu

tapi demi suami, aku gagah jugak ke dapur untuk berperang....

nasib dia mintak nasi goreng je...
kebetulan aku masak nasi lebih tadi...
prang prung, prang prung...
siap Nasi goreng + ayam goreng untuk suami tercinta...



nota hati : orang kata air tangan isteri pengikat kasih sayang... 

Ally Iskandar & Farah Lee Sah Bergelar Suami Isteri

Farah Lee

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.



kreadit : OH BULAN!



Borak2....

Biasa petang2 sebelum encik suami pegi kuar main bola kempiskan perut
mesti dia pesan, "siap, lepas maghrib kita kuar. cepat kuar, cepat balik".

Tapi aku biasa la, dengar... azan masih relaks2 lagi..
tapi bila dengar bunyi pagar, tanda encik suami sudah pulang...
mula la aku kalang kabut..
mulut harus la riuh rendah suruh anak mandi...

Kalo Aliya memang senang, cakap je "mandi, nak jalan",
 cepat2 dia siap dengan berbaju kurung...
letih mak

tapi asyraf punya la payah...
kadang tu aku jerit sampai sepoloh kali pun dia buleh buat dek je...
leka main...


aku : Asyraf, mandi cepat... asyraf cepat la tunggu apa lagi tu?? abah dah balik.. cepat mandi!!!


korang tau, apa dia jawab..
















































































Asyraf :Jap, orang kat tv tu cakap "Jangan ke mana2"....


hohoho
bertuah punya anak....
selamber je dia jawab...


padahal dia bukan nengok pun cite kat tibi tu...
geram betui mak ni...


Thursday, January 19, 2012

Pelangi Kasih - Slot Samarinda TV3


Jangan lupa malam ni nengok Pelangi Kasih slot samarinda
 setiap selasa hingga Khamis 
jam 10.30 pm 
di TV3..

Drama Pelangi Kasih mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil  Nabila, Beto Kusyairy dan Puteri Sarah Liyana.

Drama arahan Feroz Khan, terbitan Global Station Sdn Bhd ini menampilkan pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang.


Keunikan drama ini ialah Nabila Huda akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad untuk menyesuaikan wataknya yang mempunyai anak dan cucu.




nota : nak nengok beto ngan botak...

Ikan Kukus

Orang kata, pantang bersalin dengan pantang keguguran ni sama je...
tapi aku ni pulak jenis pantang nampak..
semua nak dibedal..
hohoho....



tapi dalam patang harus la berpantangkan...
makan harus pantang, berstokin 24 jam...
tapi lepas kuar bilik air biasa la buat2 lupa nak pakai stokin semula... ^-^



ni nak share resepi dalam pantang ngan korang...
ikan kukus....


selak sayur baru jumpa ikan....


bahan2nya :
ikan tenggiri 
kunyit
halia muda
lada hitam
garam
bawang merah
bawang putih
sayur campur (carrot, sawi, brokoli)




cara2nya : 

  • kunyit, halia, lada hitam dan garam tumbuk dan dilomor/gaul pada ikan..
  • masukkan ikan dalam pinggan,
  • susun/tabur carrot, halia muda, bawang putih, bawang merah (yang dihiris) sebelah/keliling ikan tadi..
  • kukus sampai ikan masak...
  • sampai carrot lembut...
  • tambahkan sayur2 hijau atas ikan tadi..
  • dan kukus sekejap...
  • kukus sampai sayur layu (tapi still ranggup)... 
  • siap...



simplekan..
10 rencah, 10 rasa dalam 1 mangkuk...

ada ikan, ada sayur..


senang story takyah basuh pinggan mangkuk banyak2 lepas makan...
lepas makan harus mata kasik katup...
mau kembang semangkuk aku lepas habis coti ni...
hihihi



#menu ni bukan setakat orang dalam pantang je, tapi sesuai juga untuk orang berdiet..
selamat mencuba








nota hati : dalam patang ni rajin pulak ke dapur...



Al-kisah

Anak2 dah gi sekolah, mari bercerita...


Sebelum ni, manjang lampu merah...
Tapi, bila encik suami dah pasang lampu hijau ....
projek pun berjalan....
paham2 sendiri la....
muahahaha...

sebulan lepas tu...
syukur alhamdullilah...
happy, happy dapat berita gembira...
tapi tak lama lepas tu, keguguran pulak...

ok aku redha, dah bukan rezeki kami....
harus cuba lagi lepas ni...
*wink wink*

dah selamat pun buat D&C...
sekarang masa untuk berehat2....
dapat cuti percuma la katakan...




nota hati : sedih, memang sedih.. tapi harus cuba lagi   ~_^


Wednesday, January 18, 2012

Kerepek Ngaku

Boring nak tunggu anak2 balik sekolah tadika plus taska....
projek ngaku pun bermula....
time rajin, harus la semangat R datang berkobar2...


Mula2 bersihkan dulu buah ngaku..
pastu kopek kulit macam kopek kulit kentang @ kulit apple...
pastu sagat...
tapi aku xde penyagat, jadi aku hiris je pakai pisau...
hiris nipis2...
jadi ada nipis, ada tebal...
boleh je la...


habis hiris, cepat2 panaskan kuali...
masukkan satu persatu supaya tak melekat....
goreng sampai keemasan....
tak tambah garam pun dah sedap...


siap sudah projek kerepek ngaku...
tak sampai 1 jam dah siap...
tinggal separuh, lagi separuh dah selamat masuk dalam perut sambil2 mengoreng tadi...
ahaks....

walaupun cuma 8 biji, tapi time nak kopek kulit tu aku dah mula rasa...
hihihi...
paham2 sudah..


macam mana la nana buleh kopek sampai 10kg...
aku tabik spiring la kat ko nana...
sangat rajin...


petang nanti nak jamu anak2 minum petang..
kalo anak2 suka, harus buat lagi..


terima kasih korang : cikmot dan suami, diAH, kak ejaMaria sebab tunjuk ajar..
1st time tau aku buat kerepek...






nota hati : bila anak2 suka, semangat akan datang dengan sendirinya...



Makin Murah

2minggu lepas aku up n3 pasal penyapu alaf moden kan...
minggu ni nak up sekali lagi...

Penyapu ni dah turun harga lagi ....
aritu aku beli sebatang RM25.88, minggu ni harga sebatang RM19.88...
boleh jadi minggu depan harga dia RM9.88....
hohoho...

macam kedai aku je kan suka suki kasik turun harga...

aku beli yang kaler hijau.. 
yang belah kanan...


aku tahu harga turun daripada sepupu aku...
bikin aku jeles hokey, walaupun beza cumanya RM6...
agagaga



nota : apa tunggu lagi, jom terjah tesco
ingat nak rembat sebatang lagi...
sangat best...



Buah Ngaku...

Tergoda jugak....


semua beli, aku pun nak beli jugak...
gara2 terjebak ngan nana, mrs.K dan cikmot...
beli dah, tapi aku ngaku nak buatnya tak reti..
^-^

kulit nak buang macam mana, nak hiris nipis mana.....
lepas goreng, kena tabur garam x?
cer ajar...



Tuesday, January 17, 2012

Lunch

fuh....
panas, berpeluh2 dibuatnya...
baru lepas masak...

yea...
 pantang sendiri...
arini masak ayam bakar dan sayur kukus....

lepas makan nak gi tengok wayang pulak...
tiket dah ada....
cerita?
wayang bantal..
huhuhu...

nanti free kita story k...
masa untuk makan...
jemput makan semua....


nota  :  gerenti habis pantang dapat berat ideal...   ^-^
*perasan kurus....



Masa untuk berehat....






noti hati : bukan rezeki kami


Tuesday, January 3, 2012

Aliya tak isap susu botol lagi...

Selamat Tahun Baru 2012...

1.1.2012, Aliya dah tak kawan ngan susu botol lagi...
Genap umur Aliya, 4 tahun 18 hari...
akhirnya aku berjaya putuskan aliya ngan botol susu...

Kejadian putuskan hubungan Aliya dengan susu botol secara spontan...
tak dirancang sama sekali..

kesian memang kesian, tapi aku harus kuatkan semangat....

Hari ni Aliya pergi taska tanpa botol susu...
tak tahu la macam mana keadaan aliya bila nengok kawan² isap botol...
risau jugak, tapi mama harus kuatkan semangat...



Abang Asyraf boleh, Aliya pun pasti bolehkan...
Asyraf dulu, aku gunakan taktik saiko..



nota hati : sayup kejap